Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Bento & Bekal Ada Beza Ke??

0 comments
Assalammualaikum...

Sebelum nie wa ada post berkaitan bekal dibawa ke tempat kerja.. Jangan Bawa Bekal

Ok kali nie wa nak tanya apa beza Bekal & Bento??

Bekal sesuatu yang dimasak oleh Orang Rumah ( Isteri Wa ) dibekalkan kepada wa untuk dibawa ke tempat kerja...

Bento pulak?? Sesuatu makanan yang dimasak oleh Chef ( Laki or Wife org lain ) untuk dibeli oleh lu orang untuk dibawa ke tempat kerja..

Beza tak??? Bezakan...

Bagi wa, wife yang memang cukup sayang kat wa dengan masa yang 'terhad' untuk sediakan masakan untuk wa.. Dibekalkan makan untuk dibawa ke tempat kerja..

Jadi?? bento??? Untuk wife yang tak masa & wife tak sayang lu orang?? Begitu??

Bukan.... BENTO untuk mereka yang tidak sempat & kedua-dua punya kerjaya untuk dilangsaikan.. Jadi BENTO menjadi pilihan masa kini....

Bento & Bekal adalah sesuatu yang dimasak untuk dimakan sewaktu makan tengah hari mahupun makan malam..

Jadi, pada mereka yang tidak sempat untuk sediakan bekal, boleh order BENTO JAPAN produk terbaru Grand BlueWave Hotel Shah Alam!!

Pergh.. Untuk orang SHAH ALAM & sekitar... Just Order settle masalah lu orang yang sibuk dek kerja yang perlu diselesaikan...

Lu orang nak ke BENTO nieh??? Ke lu orang dah biasa bawak bekal sendiri???

Pada lu orang yang nak BENTO pada tawaran diskaun.....

Lu orang just FOLLOW Instagram  Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Dapatkan pada Harga RM14.90 sahaja...



Lupa lak wa nak tulis.. TERHAD 100 orang jer ok....

Lu orang leh contact no yang wa sertakan kat poster tersebut....

Pergh... HALAL ke tidak BENTO nieh...

Hasil Carian wa di Web HALAL.GOV.MY


Produk keluaran Grand BlueWave Hotel Shah Alam HALAL.. Harap Grand BlueWave Hotel Shah Alam dpt mengekalkan prestasi ini berkekalan...

Jadi, lu orang tunggu apa lagi.. Contact lekaih sebelum kehabisan stock BENTO untuk lu orang....


Restoran TOK ABA Sg Merab Dalam

3 comments
Assalammualaikum....

Terjahan kali nie melibatkan restoran yang di rekomendasi oleh kenalan selepas mendengar suara ku ke udara di talian SuriaFM pada Hari Malaysia yang lepas...

Thanks to bro Brian Chen MasterChef Malaysia All Star pasal sudi call wa untuk ke udara..

Jadi, kali nie wa terjah untuk menikmati makanan yang dicadangkan...

Lauk pauk banyak pilihan sampai wa pun xtau nak makan apa... Nie menu yang wa terjah....

Nasi Putih
Paru Goreng Sambal
Hati/Pedal Ayam Goreng Sambal
Petai
Cili Api
Budu

Fuh.... Berasap beb.. Wa pekena sambal Paru, sambal hati.. Memang meletops.. Kalau yang tak tahan pedas... Better amik sedikit sahaja.. Kang tak termakan macam wife wa...

Pandangan wa, selain paru yang digoreng garing memang sedap dikunyah makan masuk dalam mulut.

Hati ayam, yang digoreng namun isinya yang lembut juga seadun masuk dimulut wa sewaktu wa kunyah di dalam mulut....

Secara totalnya.. Makanan yang wa nikmati pada tengah hari nie, memang kena dengan tekak wa...

Jadi pada lu orang yang nak menikmati makanan yang dihidangkan boleh terjah Restoran Tok Aba di

Restoran TOK ABA
No. 14, Jalan Damai 2, 
Taman Desa Damai, 
Sungai Merab, Kajang, 
43000, Kajang, Selangor

Cuma pandanga wa, kedai nie perlu letak signange.. Kalau orang luar lalu memang tak tau restoran nie..

Tapi kalau lu orang cari landmark masjid Sungai Merab insyaallah akan jumpa restoran nieh.

Kedai dua tingkat nie sebelah kiri kalau lu orang terjah dari pintu masuk pintu gerbang Taman Desa Damai.

Nie beberapa gambar yang sempat wa snap untuk tatapan lu orang...


Lauk pauk dipilih Sambal Paru, Hati Goreng Pedas & Petai

CLOSE UP SIKIT

Kaunter Bayaran & Kaunter Pilihan Bar


 
Abis Patung OTROMEN ANAK


Lauk pauk

Lau Pauk

Lauk Pauk

Sayur Ulam Ulaman


Pencari Makan & Ben Ashaari Mana Lagi Tagap

1 comments
Assalammualaikum....

Wa berkesempatan berjumpa dengan Ben Ashaari & geng-geng 'otai' a.k.a 'senior blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA).

Di kesempatan sempat la wa wa lagi tagap ke bro Ben Ashaari lagi tagap...

Wa bagi lu orang yang nilai sendiri... ( komen murni-murni ok ).

Di kesempatan itu dapatlah wa kenali dan fahami apa maksud KBBA diwujudkan...

Selalu biasanya blogger banyak yang bergerak sendiri atau bergerak dalam kumpulan yang kecik...

Selepas sesi 'ngeteh' dan meeting malam tadi wa pham maksud Ben.

Tujuan Ben wujudkan group bukan untuk meningkatkan nama sendiri namun berkongsi kek yang besar dipotong dikongsi makan bersama.. Bukan potongan kek yang kecik , dirakus untuk dibaham beramai-ramai.

Disini wa tengok, kesatuan or unite dikalangan blogger masih kurang... Masih berasa bila joint KBBA akan hanya membawa nama Ben semata.

Tapi biasalah... Setiap orang pada wa punya pendapat memasing.. Tapi wa mendengar sendiri dari mulut Ben tujuan kewujudan KBBA.

So matlamat jelas... Kek besar share reramai... Untung ke untung???

Sama seperti yang wa jumpa Brian Masterchef tujuan untuk kumpul blogger makanan yang pation sebab dia terlalu banyak job untuk dimakan seorang.

So, kesempatan wa jumpa Ben & otai KBBA dapatlah wa faham sedikit x banyak pun progress apa itu Tajaan apa itu blogger.

So, wa begitu teruja untuk lu orang komen mana lagi Tagap antara wa & Ben Ashaari.









Port Makan Kuantan Pahang Sedap Jangan Terjah Kedai Sara Tomyam

1 comments
Assallammualaikum...

Wa pasti yang penggemar makan tomyam akan mencari keaslian dan keenakkan masakan thai iaitu tonyam... Betul tak???

Samaada lu orang yang tinggal di Lembah Klang kedai tomyam pasti menjadi pilihan...

Jika lu orang terjah Kuantan,Pahang wa amat amat MELARANG lu orang terjah Sara Tomyam....

Apsal pulokkkk.... Sukati wa la nak terjah ke tidak....

Laaa.... Wa dah larang lu orang nak terjah gak Restoran Sara Tomyam nieh????

Oklah... Wa larang bukan apa....

Wa takut lu orang akan menyesal terjah Restoran Sara Tomyam....

Makanan serta side dish yang disediakan, akan membuatlan lu orang akan order lagi & lagi....

Serious... Wa permulaan kenalan wa, yang menetap & bekerja di Kuantan Pahang bawak wa ke Restoran nieh... Wa tak nampak apa yang menarik....

Selain dari hiasan yang menggunakan kayu ... Pintu masuk yang berbentuk pintu gerbang...

Di sebalik pintu masuk itu, jika lu orang keluar akan nampak tulisan jawi bertulis Alhamdullilah...

Pergghh... Hiasan yang tidak terlalu sarat... Susunan meja yang pada wa mudah untuk pelanggan & penghantar makanan hantar tanpa mengganggu pelanggan yanh sedang enak menikmati jamuan makan malam bersama keluarga or berdating...

Ruang pengaliran udara, yang tiada halangan membuat kita sedikit sejuk tanpa dihujani embun pagi.... ( Jika lepak waktu lewat malam )

Kawasan yang melarang keras perokok untuk merokok di dalam  premis... Membuatkan wa sedia membawa family gua sekiranya bercuti di Kuantan....

Jamuan pembuka selera wa di Restoran Sara Tomyam nie...

Pulut Mangga Santan...

Perghhh... Memang mantop beb... Lemak santan ditambah lemak pulut, diadun sebati dengan lemak mangga dan manisnya mangga...

Diadun molek di dalam mulut membuatkan lu orang rasa... Walla... Nilah makanan yang membuat lu orang hendak makan lagi dan lago sehingga habis sepiring lu sorang je makan....


Kerabu Mangga

Tomyam Seafood Sara 


Set Dinner Tomyam Kerabu Mangga Pulut Mangga

Nasi Goreng Sara Seafood


Tips Terjah Port Makan Sedap

0 comments
Assalammualaikum....




Wa pasti yang menerjah blog gua secara kebetulan @ suratan nak mencari port makan sedap...

Betul x???

Sudah tentu, terutama pada wa yang kekadang kena kerja luar kawasan tempat biasa wa makan...

Nie tips untuk lu orang terjah port makan sedap

Tips 1

Mencari melalui enjin carian google dengan keyword "pencari makan" sedap di Pahang. 

Lu orang akan dibawa menemui pelbagai senarai blog yang berkongsi penulisan mereka untuk lu orang baca...


Tips 2.

Mendapat rekomendasi dari penduduk setempat or local member seperti kenalan lu orang di Facebook atau kenalan kerja lu orang di tempat lu orang "kerja luar kawasan "..

Tips 3

Lu orang terjah "Food Panda" yang menawarkan food delivery yang mendapat remark & review terbaik di kawasan lu orang berada...


Ok, wa harap dengan tips simple ringkas padat nie membuatkan lu orang tak kecewa lagi untuk terjah port sedap makan kawasan lu orang...

Jumpa lagi di keluaran penulisan wa yang mendatang....

Bergelar Artis Adakah Mimpi

0 comments
Assalammualaikum.....

Bermimpi disiang hari menjadi retis....

Apakah wa akan jadi retis ini mimpi...

Alhamdullilah.... Akhirnya rakaman wa bersama
RTM team Menu Kita - Walla berkeudara di TV1.

Rancangan yang wa terlibat dalam episode 1 nie membuat wa sendiri tak sabar melihat gelagat & teletah wa di kaca tv.

Apa pandangan lu orang kalo wa jadi pengacara... Ahahahaha..

Pada yang tengok mesti tengok bergayanya wa dikaca tv.

Jom tengok beberapa keping gambar yang disnap oleh wa & oleh rakan-rakan lain sewaktu gua berkeudara di kaca tv.