Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label makan tengah hari. Show all posts
Showing posts with label makan tengah hari. Show all posts

Pencari Makan Makan Best Di Warung Budget

2 comments
Assalamualaikum...

Fuh... Semakin gua ketandusan food review...

Hahaahaa.. Adakah ia petanda pengakhiran?? Owh tidak.. Akan wa pastikan ia akan diterjah oleh lu orang yang Food Hunter & Food Lovers.. Hahaha..

Ok kali nie wa terjah port yang sesuai untuk yang bukan sahaja 'sengkek' tapi kaki budget...

Walaupun ia tak menjadi perhatian ramai namun adalah menjadi kegilaan ramai terutama pelajar-pelajar yang membuat perkiraan sementara nak tunggu loan or duit dari mak bapak depa..

So, port nieh gua dibawa oleh member opis gua.. Kalo wa p sorang memang jumpa tapi pasti wa muka-muka poyo segan nak terjah.. :)

Walaupun nama warung budget, namun masakan & rasa tidaklah seperti namanya. Rasa & aroma serta masakan yang dimasak tidak kurang pada tekak wa...

Ia tetap berselera untuk wa makan ( sampai wa lupa nak snap pic sebelum makan.. ) So, port nieh memang dekat untuk memember or pencari makan sedap di Kajang or Bangi.

Nie port yang dekat Port makan wa makan ikan bakar di gerai Kajang. Gerai nieh sederet jerk... Cuma gerai nieh permulaan kedai..

Taman Kajang Mewah Landmark Speedmart 99 & Giant Kajang Mewah. Lagi? Gerai nie ada pokok buluh runcing.

Gua pekena Nasi Lauk Ayam + Telor + Air = RM 5.50 budget tak?? Ok kan?? Kaakakaka Leh la lu orang cer terjah.. Wa tak pasti Sabtu/Ahad buka tak...

Nie ku dapat dari google

Latitude / Longitude

2.975128,101.780112


Gambar dari Instant Street View

Oklah port sedap makan.. Gua sharekan beberapa gambar yang gua snap untuk lu orang..




Lu orang jangan buat caption bebukan ok.. "This Is Nasi Budget. Nasi Berlauk RM 3.50"


Pencari Makan Gerai Makan Sedap Pemanis Bangi

4 comments
Assalamualaikum...

Port nieh paling ramai dikunjungi mereka yang kerja area pemanis & kilang-kilang industri kecil berdekatan...

Port nieh tepi jalan jer.. Memang mudah nak cam.. Lokasi betul-betul kat simpang nak masuk Kilang Pemanis ( PEPSI ) Bangi.

Port kedai nie yang setau gua buka memang hari bekerja Isnin - Sabtu. Jadi kalau lu orang nak terjah waktu cuti umum... Gua cadangkan lu orang akan menyesal pasal depa memang tak buka...

Sejak taukey gerai nieh dapat tender kantin PEMANIS... Menu makanan menjadi sedikit... Namun ia tidak menghampakan... Nampak tak?? Menu lauk pauk campur tetap ada..

Cuma kini lauk-pauk campur makan tengah hari tiada lagi... Namun ia, tidak membuatkan gua untuk tidak menerjah gerai nieh..

Masih kekal maintain menu utama adalah, Nasi Ayam Dara ( wa tak pasti betul ke tak.. Lu cer tanya.. Wa tanya depa habaq Nasi Ayam Dara.. )

Selain dari Nasi Ayam Dara, Nasi Berlauk juga  dijual disamping kuih-kuih goreng seperti Keropok Lekor , Goreng Pisang, & Keledek Goreng.

So, port Gerai Makan Sedap Bangi kali nie.. Telah wa kongsikan.. Jom pada lu orang yang menikmati kesedapan Nasi Ayam Dara + Sambal Istimewa depa nieh...

Lu orang leh cari dalam WAZE, Google Map PEMANIS Bangi...

Apa pon.. Lu orang tengok beberapa gambar yang sempat gua snap untuk tatapan lu orang...

Pekerja HONDA Service pun ada..

Nasi Ayam Dara yang gua kata sedap tueh

Tak kurang hebat juga Keropok Lekor nieh

Kuih Goreng Pisang