Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label tempoyak pais. Show all posts
Showing posts with label tempoyak pais. Show all posts

Pencari Makan Ikan Patin Pais TheRodongs

4 comments
Assalamualaikum

Lu orang pernah makan patin?? Masak tempoyak? Tak pernah makan pasal masak tempoyak??

Ok.. Pada lu orang yang tak pernah makan ikan patin masak tempoyak..

Encik Taufik Owner TheRodons Memasak Ikan Patin Masak Tempoyak dengan ramuan rahsia keluarga


Pada orang lembah klang terutama geng-geng Shah Alam...

Port makan kali nieh memang dekat.. Lu orang tak perlu menapak jauh or memandu jauh sehingga temerloh pahang untuk menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak Original Pahang...

Apa yang gua dapat dari pemilih TheRodongs menu masakan Ikan Patin adalah RAHSIA keluarga..

Ramuan serta bahan yang digunakan adalah asli serta segar.. Selain dimasak sendiri oleh pemiliknya Encik Taufik dan Ibunya.

Selain dari menu utama Ikan Patin Masak Tempoyak.. Ikan Patin Masak Pais juga tidak kurang hebatnya.. Dimasak bersama tempoyak & ramuan rahsia keluarga.. Ikan patin dibalut Aluminum Foil, bersama tempoyak & rempah rahsia.. Aroma serta rencahnya masuk ke dalam ikan.. Kenikmatannya terasa lain apabila mencubanya. Antara menu yang WAJIB cuba untuk lu orang terjah...

Ikan Patin Pais


Menu makan utama yang cuba diketengahkan oleh Encik Taufik dengan TheRodongs adalah masakan traditional negeri Pahang.

Selain dari Ikan Patin.. Talapia juga antara menu masakan yang disediakan.. Sambal hitam yang sedang ngetop di persada facebook juga disediakan..

Restoran Makan Sedap Shah Alam TheRodongs



TheRodongs seperti yang dimaklum oleh pemilik bermasuk Kawan.. Pada kawan-kawan or geng-geng yang dok area lembah klang shah alam dan sekitar leh la terjah Restoran kawan-kawan di Seksyen 7 nieh.

Landmark untuk pencari makan seperti gua nak terjah.. Cari jerk Giant Seksyen 7. Memang jumpa Restoran nieh belakang Giant..

Selain menu Ikan Patin... Ikan talapia juga dihidangkan... Memang menu masakan gaya koi orang pahang... Serious beb..

Menu masakan kegemaran Dato Siti Nurhaliza Ikan Talapia Asam Rong Buah Perah... ( Nie pun Encik Taufik yang habaq kat aku.. Kalo dak tak tau koi... :) )

Ikan Talapia Asam Rong BuahPerah



Selain dari itu Ikan Talapia Masak Lemak Buah Binjai... Fuh.. Nie gua pekena sendiri.. Memang terbaik.. Lemak-lemak  dengan talapia segar.. fuh... Layan beb...




Oklah.. Apa pun lu orang beberapa gambar yang gua snap untuk tatapan lu orang... Jangan lupa terjah THERODONGS at Seksyen 7 Shah Alam.. Merasai keaslian Masak lemak tempoyak & Ikan Patin Masak Pais asli from PAHANG!!!

Lupa lak gua list harga untuk menu RARE nieh...

Nie memang FIX price dari apa gua dapat dari owner sendiri...

Ikan Patin Masak Tempoyak : RM 8/-
Ikan Patin Masak Pais : RM 10 ( Gua nak repeat yang nieh.. )
Talapia masak Lemak Buah Binjai RM 4
Talapia Asam Rong Buah Perah : RM 4
Sambal Hitam ( Semangkuk ) RM 2.50

Kalau lu orang cari Ikan Patin Buah ( Sungai Rare Produk ) , Ikan Krai  & Ikan Baung...

Better korang call sebelum nak pergi.. Nie no Encik Taufik...012 359 6838

Ok Jom Layan Gambar wa snap untuk tatapan lu orang...
















Facebook : THERODONGS
Alamat : No XG2 ,Jalan Plumbum X7/X,
               Pusat Komersial, Shah Alam, Malaysia
Telefon : 012 359 6838
Waktu Operasi : 11.00 - 4.00 petang
Sabtu - Khamis
Jumaat Cuti