Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label Ummiza Cafe. Show all posts
Showing posts with label Ummiza Cafe. Show all posts

Ummiza Cafe Masakan Kampong Resepi Keluarga

2 comments
Assalammualaikum.

Pada Sabtu lepas wa sekeluarga & keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari di jemput untuk menikmati jamuan enak di Ummiza Cafe Jenjarom Bangi.

Lebih dari 17 hidangan disajikan untuk kami seperti biasa hidangan ini juga disajikan pada pelanggan Ummiza Cafe pada hari biasa perniagaan.

Menu masakan melayu yang dihidangkan, seolah masakan air tangan ibu kepada anak-anaknya.

Masakan yang pada wa, selain rasa 'asli' melayu ia dimasak dengan kasih sayang untuk pelanggan yang menikmati hidangan.

Menu pilihan wa pada jamuan itu,

Nasi putih
Ayam Masak Kicap pedas
Kuah kari daging
Sambal Bilis bukan IBLIS
Sambal petai
Ulam petai

Perghhh.. Permulaan, pendapat wa mesti biasa-biasa jer seperti restoran yang biasa wa nikmati pada lunch hour wa.

Namun, suapan pertama wa memadamkan pandangan 'sinis' wa pada rasa yang dinikmati oleh lidah & tekak wa.

Kemelesetan itu membuatkan wa menikmati hidangan tanpa menoleh lagi....

Perghhh... Makan tengah hari wa yang tak sia-sia wa menerjah Jenderam, untuk ke Ummiza Cafe.

Wa dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari begitu berpuasa hati dengan jamuan yang dihidangkan.

Selain jamuan makan berserta khemah, karaoke juga disediakan bagi members yang nak sumbangkan lagu-lagu sedia ada..

Selain dari wa yang memuji masakan Ummiza Cafe wife wa pun berpuas hati & begitu puas hati Ikan keli masak cili api.

Wa, rasa... Perghhh.. Memang rasa tidak kurang masaknya...  Jadi pada lu orang yang nak menerjah Ummiza Cafe.
Waktu operasi
7 am - 3 pm
Isnin - Sabtu
Ahad & Public Holiday - Close

No 229 batu 29
Kampung jenderam
Dengkil Selangor

Jadi pada lu orang yang nak menempah & dinikmati untuk jamuan di pejabat lu orang atau kenduri kecil dalam 300 orang kebawah.

Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Jom nikmati beberapa hasil yang wa snap untuk tatapan lu orang...

Gua, Owner Ummiza Cafe , Ben Ashaari, Kak Sadila & Ujang

Keluarga Besar Kelab Blogger Ben Ashaari





Keli Masak Pedas
Lauk Pilihan wa
Anak Dara wa bertambah makan punya sedap makan.