Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label cari makan malam. Show all posts
Showing posts with label cari makan malam. Show all posts

Travelog Makan : Melaka Port Visit Malaysia 2014 Makan-Makan. Limbongan Roti Canai Aneka Lauk

3 comments
Assalamualaikum....

Pada yang follow blog & FB gua.. Pasti tahu gua balek beraya di Melaka pada tahun nieh.

Di situ juga gua minta pendapat friend list yang sudi beri beberapa port untuk gua terjah sebelum hari raya aidiladha menjelang.






Gila thanks ramai bagi port untuk gua terjah.... Ni pulak port-port yang dicadangkan untuk gua terjah..

Namun bukan semua dapat gua terjah. Ada la beberapa kedai makan gua terjah untuk dikongsikan dengan pencari makan sekalian...

Nie port yang gua terjah di Limbongan, Melaka. Port nie gua memang 1st time pergi walau dah pernah kerja di Melaka hampir 4 tahun...

Port nieh gua terjah seawal pagi jam 7.30 am gua sampai port nieh..... Memula gua terjah agak was-was pasai sebelum gua terjah gua tengok dalam google ada brother nie review gak port nieh.. Namun no gerai. agak berbeza...
View Kedai Makan Roti Canai Limbongan

Hujung ke hujung gua berulang-alik untuk memastikan ia port yang betul... Namun sedikit hampa kerana pemilik kedai tidak menggunakan arang sebagai bahan bakar untuk membakar roti canainya...

Namun gua teruskan order dengan roti canai 2 keping beserta Kari Kambeng Kopi Panas & Air Suam..

Lupa lak menu tambahan Nasi Lemak Ikan Bilis bungkus daun pisang...

Keenakan Roti Canai yang lembut ditambah kari kambeng yang pekat, dagingya yang empuk.

Memang membuka selera di pagi hari yang sungguh sejuk. Namun keenakan kambeng menghilangkan kesejukan di pagi hari tersebut..

Ditambah pula nasi lemak daun pisang yang memang lemak-lemak dengan sambal yang tidak berapa pedas namun enak dimakan begitu sahaja...

Menu Sarapan Gua Pagi tersebut dengan Hujan yang lebat


Nasi Lemak Ikan Bilis Daun Pisang


Hasil Roti Canai Kambeng hanya bersisa tulang sahaja...












Ayam Hitam & Mamat Stim?? Fuh!

8 comments
Assalamualaikum...

AYAM HITAM!!!!?? Pergh!! Nie beberapa rakan aku rekemon terutama otai gua yang rekemen...

Stim Habis gua....


WOW!! Port nieh memang betul-betul tepi jalan yang cukup sesak dengan kenderaan...

Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman & Chow Kit yang berhampiran.. Susasana pada makan tengah hari dikatakan terlalu ramai orang beratur untuk menikmati jamuan makan tengah hari..

Kedai nie gua terjah ngan sifu rumah lelong Shafie Bustan yang memperkenalkan gua pada kedai makan yang menjadi ramai penggemar nasi kandar.. ( Adakah kakisnya kah.. )

Menu yang menjadi pilihan gua kali nieh.. Nasi putih + Ayam Hitam + Telur dadar + Cili Masak + Papadom!!!

Wow... Memang menarek setelah kuah campur yang disajikan untuk dijamah kini tidak sabar nak meniti tekak & terus ke perut gua...

Ayam HITAM yang lembut dimasak sehingga mudah dimakan walau korang kurang gigi sekalipun. Memang lama juga la kalo pekena ayam tak lembut..Mau lenguh otot mulut nak mengunyah..


Nie beberapa gambar untuk tatapan lu orang sebelum menerjah port yang dipunyai Restoran Yaseem AYAM HITAM ( ayam masak kicap )!!!


Restoren Yaseem StreetView Google

Signboard tanda kedai beroperasi


Berbaki menu untuk dijamah

Antara lauk pauk yang ada.


Menu pilihan gua pada kali nieh. AYAM HITAM!! Heheeh

Kalau lu orang nak terjah.. Cakap gua yang rekemon nah.. Boleh la gua paww tokey dia banje gua.. :)

Alamat : 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps