Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label cari makan sarapan. Show all posts
Showing posts with label cari makan sarapan. Show all posts

Serious! Gua Makan Sampai Kenyang D Gerai Bunian

6 comments
Assalamualaikum...

Ramai dah bercerita gerai nie sejak awal tahun.. Driver office gua sampai dah ada port lain baru gua nak p terjah.

Apa pun walaupun gua terjah sesorang, ia tidak menghampakan gua.

Sesampai biar betul... Gila ramai orang nak seating pun memang payah...

Namun gua bangga, gerai makan Melayu walau dalam cerok kampong masih diterjah orang ramai..

Gua pekena sarapan.. Depa kata kalau nak booking makan tengah hari make calling-calling or sms jerk.. Fuh...

Gerai memang takde sign melainkan baru pasang banner kat simpang masuk.. Ada la gelanggang futsal.

Perjalanan dari Presint 5 memang dekat. Nak-nak dari Desa Pinggiran Putra. Gua dari Presint 14 pun leh terjah.

Pada kaki makan & pencari makan jalan-jalan cari makan macam gua. Lokasi kalau diberi memang akan diterjah walau ada jer halangan...

Menu gua sarapan, Nasi Lemak Telor Goyang + Kopi Panas ( minuman peberet gua sekarang )

Nasi Lemak yang berasa, di makan sekali dengan sambal bilis.. Memang serasi sedap.. ( Tekak gua.)

Telor goyang yang dicurah lada sulah digoreng dengan mentega terasa lainnya telor goyang. Dia adunkan sekali makan dengan ikan kering.. Fuh.. Pedas,Lemak nasi, telor goreng lemak mentega + ikan masin serasi di dalam mulut gua telan...

Lokasi nieh lu orang patut terjah pada yang tk pernah terjah.. Bagi yang dah pernah try pasti akan repeat.. :)

Camne lu orang nak sampai ini Gerai Bunian??

Nie alamatnya..

Warung Bunian/ Tapak Sulaiman
80A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Kajang
017 - 381 2246 (call for lunch booking)


So, jom cuci mata hasil gambar wa amek...
Gambar Ehsan InstantStreetView Google


Gambar Ehsan InstantStreetView Google

Gambar Ehsan InstantStreetView Google
Gambar Ehsan InstantStreetView Google
Tanda satu-satunya yang ada Gerai Bunian

Tapak Bersukan anak-anak kampung


Suasana Gerai Bunian



Add On Gula jika kurang manis

Jalan-jalan cari makan tv3 diabadikan di dinding

Full House

Bersungguh akak nieh makan

Kithcen location

Parking di atas area Gerai Bunian


Tebar Roti Bunian


Menu Telor Goyang Nasi Lemak



Travelog Makan : Melaka Port Visit Malaysia 2014 Makan-Makan. Limbongan Roti Canai Aneka Lauk

3 comments
Assalamualaikum....

Pada yang follow blog & FB gua.. Pasti tahu gua balek beraya di Melaka pada tahun nieh.

Di situ juga gua minta pendapat friend list yang sudi beri beberapa port untuk gua terjah sebelum hari raya aidiladha menjelang.






Gila thanks ramai bagi port untuk gua terjah.... Ni pulak port-port yang dicadangkan untuk gua terjah..

Namun bukan semua dapat gua terjah. Ada la beberapa kedai makan gua terjah untuk dikongsikan dengan pencari makan sekalian...

Nie port yang gua terjah di Limbongan, Melaka. Port nie gua memang 1st time pergi walau dah pernah kerja di Melaka hampir 4 tahun...

Port nieh gua terjah seawal pagi jam 7.30 am gua sampai port nieh..... Memula gua terjah agak was-was pasai sebelum gua terjah gua tengok dalam google ada brother nie review gak port nieh.. Namun no gerai. agak berbeza...
View Kedai Makan Roti Canai Limbongan

Hujung ke hujung gua berulang-alik untuk memastikan ia port yang betul... Namun sedikit hampa kerana pemilik kedai tidak menggunakan arang sebagai bahan bakar untuk membakar roti canainya...

Namun gua teruskan order dengan roti canai 2 keping beserta Kari Kambeng Kopi Panas & Air Suam..

Lupa lak menu tambahan Nasi Lemak Ikan Bilis bungkus daun pisang...

Keenakan Roti Canai yang lembut ditambah kari kambeng yang pekat, dagingya yang empuk.

Memang membuka selera di pagi hari yang sungguh sejuk. Namun keenakan kambeng menghilangkan kesejukan di pagi hari tersebut..

Ditambah pula nasi lemak daun pisang yang memang lemak-lemak dengan sambal yang tidak berapa pedas namun enak dimakan begitu sahaja...

Menu Sarapan Gua Pagi tersebut dengan Hujan yang lebat


Nasi Lemak Ikan Bilis Daun Pisang


Hasil Roti Canai Kambeng hanya bersisa tulang sahaja...












Gerai Makan Nasi Lemak Sambal POWER!

6 comments

Assalamualaikum...

Menu Nasi Lemak dan orang Malaysia berpisah tiada...

So, gua pun terjah port gua selalu makan juga la untuk direview. Bersama wa pada kali nieh Otai Hartanah Rumah Lelong Master Sifu Shafie Bustan...

Dari apa yang gua rasa mengikut selera gua memang tak kurang hebat juga walau gerai tanpa nama nieh boleh dikunjungi ramai orang...

Biasalah kawasan kampung boleh ramai lak yang terjah.. Gerai nieh punya follower tersendiri...

Beralamat di Kampung Sungai Merab Luar.. Lu orang boleh ambil land mark dari Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan ( JKM ) belah kiri lu orang.

Sampai simpang empat traffic light amek kiri.. Gerai tueh akan melalui cerunan bukit.. So, pastikan lu orang tak terlalu laju...

Nampak kedai runcit  SIRNA SEGAR TRADING belah kanan lu orang selepas bumper besar. Korang dah leh bagi signal kanan untuk masuk..

Gerai betul-betul belah kiri lu orang lepas masuk simpang dalam 30 meter...

So menu yang disediakan antaranya.. Nasi Lemak ( TIP TOP Hit ) Nasi Goreng, Mee Goreng, Keaw Tiaw & banyak la..  Roti Canai ja xdak pasai mungkin penebar dah lambung buka gerai sendiri mungkin.

So, malas gua nak menaip pepanjang.. Lu orang tengok hasil terjahan gua pada kali nie..

Nanti lu orang ada port sarapan cer la share untuk gua p terjah pula.. ( Kalau ada la pemilik kedai or gerai makan or Restoran nak gua review lagi gua alu-alukan.. )

Dah.. Dah.. Lu orang nikmati hasil tangkapan gua kali nieh...

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Bersuit Shafie Bustan kena sambal ikan bilis.. Pedas sangat mungkin

Kedai Runcit Landmark



Selera Napie Pekena Nasi Lemak Ayam Berempah 
Selain Ayam Goreng Berempah menu lain juga disediakan


Simpang masuk ke gerai makan  (Instant Street View Google )




Pemandangan Gerai Nasi Lemak Ayam Berempah ( Instant Street View Google )


Port Tepian? Duit Tepi. Side Tepi. Port Makan TEPI?

4 comments
Assalamualaikum....


Port kali nieh.. Gua terjah untuk sarapan pagi.... Menu banyak pilihan.. Tetapi gua memilih santapan yang simple tapi padat.... ( Baru la kenyang beb )

Oklah.. Cita banyak tak guna.. Lu orang tengok sendiri beberapa gambar yang gua sempat snap sebelum ia diratah habis tanpa bersisa.....

Kedai nie terletak di Seksyen 4 Bangi. Memang tepi jalan besar.. Mudah untuk dilihat pandang.. Bangi port kedai makan yang banyak... So, pilihan memang banyak..

Nie untuk orang seksyen 4 bangi dan sekitar akan lepak sini. So, aku terjah ketika sarapan pagi..  Bukan itu sahaja... WIFI yang disediakan juga PERCUMA.. Passcode tepian44 ( wow lain mcm passcode)

Roti bakar memang sedap dengan tebal.. Dibakar sedap-sedap tanpa roti terlalu over cook or kering. Pengisian Kaya yang diisi tak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit..

Set Telor 1/2 masak.. Menggunakan telor ayam kampong.. Memang besh la...

Kopi panas... HAAAA!!!.. Nieh aku ada kureng.. Kopi & susu yang kurang kawww.. Kopi mungkin tak kena dengan tekak aku ker.. ( selalu sangat menom kopi ) So kopi ada kekurangan, kemanisan mungkin dipotong dek kaya yang aku makan dari roti bakar kaya...

Apa pun.. Masih boleh diterima pasal makanan yang aku peroleh memang berbaloi untuk santapan pagi.... ( Silap2 leh bawak ke tengah hari nieh.. )

Dah la celoteh gua pada kali nieh.. Better lu orang tengok hasil gambar yang gua snap 2-3 pic nieh...
Signboard baru wajah baru

Set Menu pagi Roti Baka, Telor Ayam Kampong 1/2 cook Kopi Panas.

Roti bakar berbaki.. Lihat pengisian KAYA... 





Waktu operasi 7 pagi sehingga 2 pagi...

Map untuk ke lokasi kedai...

Tepian Bangi Seksyen 4