Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label western food lover. Show all posts
Showing posts with label western food lover. Show all posts

Gerai Tepi Jalan Rasa Hotel 5 bintang SEKAMAT Grill Station

3 comments
Assalamualaikum...

Amacam pencari makan a.k.a food hunter sekalian... Lu orang dah mula hunger dengan post wa belum???

Hahahaha. Gila poyo wa kan...

Pada, lu orang area, KAJANG , BANGI, PUTRAJAYA, CYBERJAYA , CHERAS & sekitar...

Ni salah satu gerai lu orang patot terjah..... Kenapa??

Ok nie salah satu sebab...

Western & Thai Cuisine kini di bawah satu bumbung....

Pada wa, gerai nie patot dicuba kerana lu orang akan menikmati jamuan yang  dihidang oleh Chef taraf 5 bintang di gerai Grill Station.

2 Chef yang memasak special di bahagian masing-masing. Iaitu Thai Cuisine & Western Food.

Jadi, pada wa memang lu orang akan rasa masakan grill menggunakan kayu arang.. Serious KAYU ARANG beb!!! Lu orang pernah baca post wa sebelum nie yang wa hunt berkaitan ROTI CANAI BAKAR & AIR MINUM PAGI menggunakan ARANG..

Serious beb!! Lu akan rasai sendiri kegaringan bukan di sebabkan oleh dapur biasa namun ia dimasak dengan arang bakar... Serious.. Selain rasa makanan dibakar, sos yang diadun sendiri lu orang akan rasa kelaianan yang diolah sendiri oleh Chef Fazly.



Menu makanan yang wa dihidangkan..

Peri-Peri Chicken, Ayam yang digrill kemudian dicurah sos peri-peri. Pada deria rasa wa mereka yang suka menikmati ayam yang dipanggang dicurah kuah nie pilihan sesuai untuk lu orang. Selain pedas, rasa seperti kuah masak pedas pun wa rasa ada. Namun apabila ditanya pada Chef Fazly ia telah dioleh mengikut kesesuain & resepi rahsia Chef sendiri... Pergh.. RAHSIA BEB!!!




New Zealand Lamb Shoulder, Ini kambing.. Kambing antara favorite wa... Jadi, kalo tak kena rasa wa memang akan hantam... Permulaan rasa.. Wa rasa daging kambing yang garing namun bukan hangit. Tapi wa rasa macam daging yang dibakar. Namun setelah diamati rupanya Chef masak menggunakan kayu arang.. Patot la wa rasa daging kambing lain sedikit dari yang biasa wa makan...

Selain dari itu, wa memang tekak melayu tak reti makan half cook or medium RARE or RARE gua reti makan well done jer...

So, walaupun masakan dimasak well done.. Kambing yang dipanggang masih tidak hilang rasa & masih juicy di dalam.. Daging kambing yang tak liat dimakan. Ditambah dengan SOS Black Paper homemade...

Menambah keenakan kambing bakar yang dinikmati oleh wa pada malam tueh.. Pergh...  Bagi kaki pemakan kambing.. Lu orang memang WAJIB terjah GRILL STATION nieh.. Serious beb...

Kompom lu orang akan nikmati sendiri masakan special appetite utk lu orang nikmati... Jadi, pada yang nak rasa RARE, Medium RARE waktu order leh special request waktu membuat tempahan makanan lu orang...



Battered Fish & Chip, nie favorite Naufal. Dia memang tak suka Ayam.. Kelainan dari kebiasaan makanan anak-anak aku.. Biasa Fish yang aku makan Western Grill Fish... Manakala menu disajikan oleh Grill Station isi ikan disalut dengan tepung...

Sesuatu yang lain bagi Naufal... Permulaan Naufal menolak untuk menikmati makanan yang dihidangkan.. Selepas aku merasai sendiri Fish N Chip dengan sos yang disediakan.. Sos, yang dibuat sendiri oleh Chef Fazly sama juga seperti Western lain cuma ia tidak terlalu masam.. Baru Naufal menjamah makanan yang disajikan.. Licin tak toleh belakang Naufal makan lepas tueh...


Black Paper Beef Burger.. Daging yang dibuat sendiri terasa keenakan dengan Sos Smoke buatan sendiri Chef Fazly. Adunan yang dimix sekali cukup padan cukup serasi pada deria rasa wa...

Daging yang bila dimakan sendiri agak tawar, namun dimakan bersama lapisan Cheese Sos, Sos Smoke walla... Adunan yang memecah di dalam mulut membuat wa nak makan lagi dan lagi....



Menu masakan lain yang wa rasa lain dari menu wa selalu makan. Mee Bandun muar... Kuah yang dimasakkan sekali dengan isi kacang.. Membuat wa rasa udang kacang daging sebati di dalam mulut...

Keaslian Mee Bandung muar yang telah diolah mengikut kepakaran Chef Alif pada wa tidak terpadam..

Selain ia enak dimakan.. Ia dicampur isi daging yang lembut dan empok dimakan sekali bersama Mee & isi daging beserta kuah sepadan...




Jadi lu orang dah mula terliur dengan apa yang wa kongsikan???

Lu orang cari Land Mark G Mart Kajang... Insyaalah lu orang akan jumpa Grill Station.

Grill Station
Jalan Kg Sungai Sekamat Kajang
( GPS N3.022770, E101.776700 )

Chef Fazly 012 2508003
Chef Alif 017 3771526

Latitude / Longitude
3.022782,101.776474

Lu Orang Tak Tau Port Makan Bangi Kat Mana? Jom Terjah PORT nieh

8 comments
Assalamualaikum...

Fuh... Semakin mencabar untuk gua menulis di ruangan nieh.... Pencari Makan tidak akan terhenti disini...

Harap dengan sokongan komen-komen lu orang di bawah dan follow blog Pencari Makan gua akan membuatkan gua teruja untuk terus menulis....

Ok... Port nieh memang aku cukup teruja nak terjah lepas dapat pelawaan untuk diterjah oleh pemiliknya.. Post nieh tidak berbayar ok... Wa pakai duit poket sendiri untuk wa terjah ngan family wa...

Apa pon pada wa.. Port nieh memang menyediakan pelbagai hidangan untuk pilihan lu orang makan.. Apahal lak?? Yups.. Bukan fokus pada 1 menu sahaja..

Pelbagaian menu untuk lu orang pilih.. Diantaranya... Menu Masakan Arab, Indon , Western & juga tempatan...

Nasi Arab ada, Western Food ada, nasi ayam penyet ada, & masakan thai juga disediakan.. Mak ai.. So, rangkuman pelbagai menu di dalam satu tempat....

Selain tueh.. Menu Burger dengan patty daging yang dibuat sendiri juga ada.. Mak ai.. Banyaknyer menu.. Ahahaha..

Ok, apa yang wa terjah makan bersama family adalah......

Nasi Arab yang disyorkan masakan nasinya yang laian.. Memang wa rasai sendiri Nasi dia.. Tak kering, smooth.. Memang sedap walau tanpa apa lauk pauk atau sup & juga sambalnya ( sambal ker cili blander tueh.. ) Haahaha... Ayam yang dibakar garing namun isi dalam tak terlalu kering.. Membuatkan wa & isteri menikmati tanpa hilang rasa ayam & rempahnya...

Manakala sambalnya yang tak pedas & tidak terlalu masam membuatkan wa minta tambah sambalnya..


Anak-anak wa pantang jumpa Western.. Sorang amek Chicken Grill sorang lagi Chicken Chop Salut dengan Sosej..

Wa rasai sendiri kedua-duanya tak kurang hebat.. Ayam yang smooth.. Nampak garing di luar namun isi dalam masih lembut & masak sepenuhnya.. Ini penting bagi wa...

Manakala Chicken Chop salut Sosej memang tak terkalah dengan sos black papernya... Isi yang padat pada ayam & juga sosej.. Dilipah pula cheese pada sosej...

Penutupnya, wa booking order Bazooka Burger untuk menikmati sendiri Daging Patty buatannya sendiri.. Gua rasai sendiri, isi daging yang dibuat sendiri.. Memang lembut.. Kenikmatan isinya yang padat.. Tak terkurang masih atau terlebih masin.. Dimix sekali dengan Ayam & Cheese serta sos nya..

Adunan rasa yang lengkap di dalam mulut apabila dimamah sekali... Pada wa.. Lu orang area Bangi memang wajib terjah.. Orang luar bangi yang nak merasai nikmat Port nieh leh terjah juga utk merasai kenikmatannya...

Oklah.. Port dia untuk lu orang terjah.. Macam biasa.. Wa amek dari Instant Street View Google

Latitude / Longitude
2.960574,101.753581
ANAK WA NAUFAL SEJAK WA JADI RETIS BLOGGER NIEH KAKI POST GAK



LU ORANG TENGOK ANAK WA NAK POST SAMA CAM WA

BURGER BAZOOKA

CHICKEN GRILL

CHICKEN PLUS SOSEJ

CHICKEN PLUS SOSEJ

NASI ARAB 

Moon's Kitchen Best Place To Taste Your Western Food Putra Height

12 comments
Assalamualaikum....

View Moon's Kitchen

Pada Hada yang lepas 28 September 2014. Ku mendapat jemputan ( Shafie Bustan a.k.a Pie2020 ) yang ajak aku sekali opening makan-makan untuk geng trader. Oleh Masterji Besar Khalid Embong.

Makan-makan dilakukan di kedai yang dikendalikan oleh Family base. Memang meriah.. Memang Ukwah.. Sempoi simple design namun... Makanan....

Korang tengok sendiri hasil beberapa gambar yang sempat aku snap untuk tatapan korang..

Dari segi rasa, memang xdapat dinafikan. Memang berasa semuanya.. Makan aku sendiri yang di'suggest'kan oleh waiter a.k.a menantu tuan Khalid Embong. "Hawaian BBQ Cheese Steak"

HAWAIIAN BBQ CHEESE STEAK

Rasa masam nenas ditambah lemak cheese ditambah perapan daging steak yang memang padat isinya dengan sos BBQ. Dimakan sekali memang terasa juice nenas lemak cheese & steak memang tak dapat digambarkan semua rasa dalam satu masa.

Menu wajib korang terjah untuk makan. ( Gua nak repeat lagi dengan family insyallah... ) Hope boss Khalid Embong bagi discount utk gua la harapnya.. :)

Nie menu yang Shafie Bustan Order.

Chipotle BBQ Beef Ribs

Memang terbaik rasa & sos yang digunakan.. Mengikut Masterji Khalid Embong, sos ini adalah rahsia chef mereka untuk tetamu @ pengunjung Moon's Kitchen.

Aku dapat merasa sos & daging ribs nieh.. Daging yang empuk... Sos yang terasa 'smoke'nya.. Memang sebati dengan daging yang dimasak empuk...

Oklah.. Nie beberapa gambar untuk tatapan korang sebelum menerjah ke Moon's Kitchen. 

Lupa lak gua.. Nie details kedai Moon's Kitchen

12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6B,
Putra Heights,
47650 Subang Jaya,
Selangor

03 5887 1081
Insta : @moons_kitchen
Waktu Operasi : 5 pm till 12 midnight 
Close On MONDAY

Kalau korang p sana.. Habaq la aku recomend ( harapanku dapat la token sikit..  Kekekeekek)



Deco Moon's Kitchen

Kick Stater




Lobster Cheese


KHALID EMBONG, RAZALI RAZMAN , SHAFIE BUSTAN &  ZAINOL AZMIN

RAZALI RAZMAN KHALID EMBONG & ZAINOL AZMIN