Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label jom makan. Show all posts
Showing posts with label jom makan. Show all posts

Keropok Lekor Asli Kini Berada di Putrajaya

0 comments
Assalamualaikum...

Lu orang apa kabar? Kali nie wa share produk yang dijual oleh member gua hafiz.

Dia bagi wa try produk dia. Pada wa.. Ia masih mengekalkan rasa ikan tanpa lebihan tepung.. ( pada wa ini yang penting)

Sos yang disediakan sekali membuatkan ia dimakan sekali dengan campuran yang sebati..

Jadi, pada orang Putrajaya dan sekitar yang nak merasai sendiri kesedapan keropok lekor asli yang dipack vacum WAJIB cuba!!

Boleh contact sendiri owner... Nie petakan gua petik dari blog pemilik...
Harganya juga berpatutan untuk satu paket hanya RM10. Bagi mereka yang berminat untuk order keropok lekor ini, penghantaran melalui POS juga disediakan. Jika ingin beli terus dari pembekal boleh COD di area Putrajaya, Kajang dan Bangi. Mereka yang berminat boleh call ataupun whatsup di talian 016-6665859


Logo packaging


Hasil gorengan wife gua Keropok Lekor Asli Terenganu


Ikan Bakar & Aweks Meluangkan Masa Lunch

4 comments
Assalamualaikum.....

Ha... Amcm?? Raya Depavali?? Gua pun tak sempat update port jalan-jalan cari makan...

1- Sebab wa bercuti
2- Sebab lappy wa buat hal.. takmo nyala.. So, masok wad....

Oklah.. Itu bukan apa lu orang cari dalam penulisan wa kan.... ( Alasan kena ada baru lu orang terjah blog gua.. )

Port makan kali nie apa yang gua Pencari Makan terjah adalah port makan sedap area Kajang...

Serious selain dari makan sedap aweks-aweks juga port kat sini beb..

Selain perot lu orang kenyang, mata lu orang akan nyaman akan pemandangan yang ada.....

Ok tanpa membuang masa...

Jom layan gambar Makan Ikan Bakar & menu tengah hari sedap di Kajang...

Selain dari lauk pauk.. Kelapa muda juga ada dijual disebelah kedai ikan bakar yang sedia ada..


Kedai Makan Ikan Bakar Sedap Kajang Sepakat Indah II

Ikan Bakar Keli ngan pegedel pilihan Pencari Makan

Ikan bakar pilihan lain-lain lauk pauk

Aneka pilihan ikan bakar

Aneka pilihan lauk pauk





Gerai Seksyen 7 Kajang Sepakat Indah II

Air Kelapa Segar Kajang


Kredit Gambar Haniif 4Square

Helmi 4Square

Travelog Makan : Melaka Port Visit Malaysia 2014 Makan-Makan. Limbongan Roti Canai Aneka Lauk

3 comments
Assalamualaikum....

Pada yang follow blog & FB gua.. Pasti tahu gua balek beraya di Melaka pada tahun nieh.

Di situ juga gua minta pendapat friend list yang sudi beri beberapa port untuk gua terjah sebelum hari raya aidiladha menjelang.






Gila thanks ramai bagi port untuk gua terjah.... Ni pulak port-port yang dicadangkan untuk gua terjah..

Namun bukan semua dapat gua terjah. Ada la beberapa kedai makan gua terjah untuk dikongsikan dengan pencari makan sekalian...

Nie port yang gua terjah di Limbongan, Melaka. Port nie gua memang 1st time pergi walau dah pernah kerja di Melaka hampir 4 tahun...

Port nieh gua terjah seawal pagi jam 7.30 am gua sampai port nieh..... Memula gua terjah agak was-was pasai sebelum gua terjah gua tengok dalam google ada brother nie review gak port nieh.. Namun no gerai. agak berbeza...
View Kedai Makan Roti Canai Limbongan

Hujung ke hujung gua berulang-alik untuk memastikan ia port yang betul... Namun sedikit hampa kerana pemilik kedai tidak menggunakan arang sebagai bahan bakar untuk membakar roti canainya...

Namun gua teruskan order dengan roti canai 2 keping beserta Kari Kambeng Kopi Panas & Air Suam..

Lupa lak menu tambahan Nasi Lemak Ikan Bilis bungkus daun pisang...

Keenakan Roti Canai yang lembut ditambah kari kambeng yang pekat, dagingya yang empuk.

Memang membuka selera di pagi hari yang sungguh sejuk. Namun keenakan kambeng menghilangkan kesejukan di pagi hari tersebut..

Ditambah pula nasi lemak daun pisang yang memang lemak-lemak dengan sambal yang tidak berapa pedas namun enak dimakan begitu sahaja...

Menu Sarapan Gua Pagi tersebut dengan Hujan yang lebat


Nasi Lemak Ikan Bilis Daun Pisang


Hasil Roti Canai Kambeng hanya bersisa tulang sahaja...












Gerai Makan Nasi Lemak Sambal POWER!

6 comments

Assalamualaikum...

Menu Nasi Lemak dan orang Malaysia berpisah tiada...

So, gua pun terjah port gua selalu makan juga la untuk direview. Bersama wa pada kali nieh Otai Hartanah Rumah Lelong Master Sifu Shafie Bustan...

Dari apa yang gua rasa mengikut selera gua memang tak kurang hebat juga walau gerai tanpa nama nieh boleh dikunjungi ramai orang...

Biasalah kawasan kampung boleh ramai lak yang terjah.. Gerai nieh punya follower tersendiri...

Beralamat di Kampung Sungai Merab Luar.. Lu orang boleh ambil land mark dari Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan ( JKM ) belah kiri lu orang.

Sampai simpang empat traffic light amek kiri.. Gerai tueh akan melalui cerunan bukit.. So, pastikan lu orang tak terlalu laju...

Nampak kedai runcit  SIRNA SEGAR TRADING belah kanan lu orang selepas bumper besar. Korang dah leh bagi signal kanan untuk masuk..

Gerai betul-betul belah kiri lu orang lepas masuk simpang dalam 30 meter...

So menu yang disediakan antaranya.. Nasi Lemak ( TIP TOP Hit ) Nasi Goreng, Mee Goreng, Keaw Tiaw & banyak la..  Roti Canai ja xdak pasai mungkin penebar dah lambung buka gerai sendiri mungkin.

So, malas gua nak menaip pepanjang.. Lu orang tengok hasil terjahan gua pada kali nie..

Nanti lu orang ada port sarapan cer la share untuk gua p terjah pula.. ( Kalau ada la pemilik kedai or gerai makan or Restoran nak gua review lagi gua alu-alukan.. )

Dah.. Dah.. Lu orang nikmati hasil tangkapan gua kali nieh...

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Bersuit Shafie Bustan kena sambal ikan bilis.. Pedas sangat mungkin

Kedai Runcit Landmark



Selera Napie Pekena Nasi Lemak Ayam Berempah 
Selain Ayam Goreng Berempah menu lain juga disediakan


Simpang masuk ke gerai makan  (Instant Street View Google )




Pemandangan Gerai Nasi Lemak Ayam Berempah ( Instant Street View Google )


Aiskrim Nie Penuh Dengan Biskut OREO

4 comments
Assalamualaikum....

Betul.. Real!!! Penuh dengan rasa biskut OREO.. Kenapa? Mana? Beli Kat Mana??? Brand apa??

Ha... Nie bukan brand tetapi HOMEMADE aiskrim.. ( kegilaan anak-anak, bapa pon sama jer )

Oreo Aiskrim Oreo Biskut Coklat Rice

Menarek bukan? Rekaan dan taburan ikut suka.. Nak belajar buat aiskrim sendiri.. Nieh kaedah caranya yang dibuat oleh isteriku...

Bahan-bahannya..

Bahan-bahan untuk dibuat aiskrim homemade



1/2 tin susu pekat manis
11/2 gelas susu segar(fresh milk)
1 sudu ovelete
1 sudu teh esen vanilla

Masuk kan semua bahan dalam blender.. 

Blend hingga gebu... 

Tambah la perisa yg anda suke.. 

Masuk kn dalam peti sejuk.. 

Nak bg aiskrim lg halus bila separuh beku blend sekali lagi.. 

Bekukan..dah beku ngap la...

Simple tak?? Kalau malas tueh yang jadi payah.. Selamat mencuba kaum ibu-ibu dan kaum bapa-bapa yang rajin... :)