Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label Restoran Kenanga Bandar Hilir. Show all posts
Showing posts with label Restoran Kenanga Bandar Hilir. Show all posts

Restoran Kenanga Bandar Hilir Melaka 'Selambak'

3 comments
Assalamualaikum....

pada minggu lepas wa agak bezian... Kenduri kawen adik ipaq di Alor Gajah, Melaka...

Alhamdullillah semua selesai dan dipermudahkan....

Dalam kebizian sempat wa menerjah Restoran 'otai' di Bandar Hilir Melaka nieh.... Pada 1st impression aku kalo ikut memang nak lepak minum jer.... ( Member sepejabat wa, shoot wedding dan kebetulan kat Melaka gak jadi leh la wa paw kamera dia untuk snap wedding adik ipaq wa.. Bijak x wa?? )

Jadi sementelah wa nak lepak menom je kat Restoran Bandar Hilir nieh, wa perhati Restoran nieh.. Memang tiada yang mengamit suasana silam melainkan susun atur dan banggunan menggunakan kayu asal ia dibina (  pendapat wa dari pemerhatian... )

Setelah, lepak hampir 10 minit wa tertarik akan cara masakan oleh 'otai' di Restoran Kenanga Bandar Hilir nieh....

Position makanan yang pada wa memang cukup banyak.. Ia membuat wa terpikir, adakah pakcik nih masih di zaman 80'an lagi.... Isi yang 'selambak' pada pemerhatian wa cukup membuat wa terpaku dek kesungguhan 'otai' Restoran Kenanga Bandar Hilir memasak.

Sekali masak 8 pinggan yang position makanan memang kalo orang tak kuat makan & kaki makan macam wa mau kongsi 2 orang... 

Sungguh lain, cara mereka... Namun rezeki itu adalah HAK ALLAH,.. Mungkin itu yang wa pikir apa yang di amalkan oleh Restoran Kenanga Bandar Hilir nieh....

Memang wa salute... Selain dari potion makanan yang 'selambak', mesin wang yang pada wa digunakan tahun 60'an masih berfungsi walau sudah nampak 'keuzurannya' ....

Jadi pada lu orang yang sering berkunjung ke Melaka, wa suggest lu orang terjah port makan sedap melaka di Bandar Hilir ke  Restoran Kenanga Bandar Hilir...


Nie lokasi utk lu orang terjah... Hasil dari perkongsian InstantStreetView dari Google

Latitude / Longitude

2.188919,102.261389

Landmark selepas sedikit simpang Bandar Hilir Indah  setentang food court Newton Hawker Centre.

Selamat menjamu selera semua...


p/s : Yang nak panggil wa untuk review gerai or restoran korang... Jangan segan silu panggil wa untuk review nah....



Selain makanan goreng-goreng Satay pun ado!!!



Bekalan Makanan source pilihan wa untuk makan kali nieh.... Banyak kan? Plus Kamera 3310 aku yg rosak lampunya. Canon AE-1 Film Camera


Mesin wang yang masih beroperasi..