Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Y TomYam Seafood Dengkil

2 comments
Assalamualaikum...

Sejak mendapat maklumat dari isteri tentang port makan area Dengkil.
Aku mula menelefon member gua yg dah pernah p tempat tueh.

Alhamdllh. Dinner 24/9/14 aku berjaya melangkah kaki ngan familyku di Y Tomyam Seafood.
Beberapa gambar yang ku rakam sambil makan. Menu yang membuatkan aku cukup terliur.
Menu set. Tomyam ku pilih Tomyam Kok a.k.a Tomyam Putih disebabkan memudahkan anak-anakku makan dengan selera.

Ku pilih set 3 orang makan. Punyalah tamak aku n wife... (walhal aku yg pelahap)
Apa yang menareknya menu nieh dengan yang lain2 set kedai korang pernah pergi??
Yang menarek minatku yg 1st time datang sini. Jika amek set makan 3 orang makan. Air yang disediakan, bukan Sirap @ Teh o Ais. Malah kita boleh pilih Air Buah atau apa-apa air yang boleh menyejukkan tekak kita.. Hehehehw..

Beberapa gambar makanan yang aku teringat nak ambek.. Yelah.. Baru nak start berblog.. Mana ku nak ingat amek gambar sebelum makan.. Hahahaa..

Hope korang leh la terkah port nieh. Aku makan Set 3 orang makan Ikan Siakap 3 Rasa,Telur Dadar, Sayur Kailan Ikan Masin ( pun leh pilih nak sayur apa) Tomyam Chanmai ( Merah/Putih) Nasi Putih 3  tambah Nasi Putih 1, Air buah Tembikai 1 ,Milo Tabur Ais 3, Total RM52/-

Lokasi kedai makan

Lot 8377 (Simpang Y (Putrajaya-Dengkil)), 43800 DengkilSelangor
Contact 012 387 3633









Treats Pit Stop for Riders

0 comments
Assalamualaikum
Disebabkan kesebukan pada tengah hari.
Ini menu lunch treat aku di Treats Petron Sg Besi.
Port nie memang sesuai utk rider macam gua yg bawa EX1600.
Bangi - KL - Bangi

Walaupun tahu stock up di mahal sikit. Namun keselesaan dgn air-cond dan aweks-aweks yang membeli belah membuatkan gua pilih pirt nieh.
Oklah. Riders lain macam gua happy ride safe ride...





Moon's Kitchen Best Place To Taste Your Western Food Putra Height

12 comments
Assalamualaikum....

View Moon's Kitchen

Pada Hada yang lepas 28 September 2014. Ku mendapat jemputan ( Shafie Bustan a.k.a Pie2020 ) yang ajak aku sekali opening makan-makan untuk geng trader. Oleh Masterji Besar Khalid Embong.

Makan-makan dilakukan di kedai yang dikendalikan oleh Family base. Memang meriah.. Memang Ukwah.. Sempoi simple design namun... Makanan....

Korang tengok sendiri hasil beberapa gambar yang sempat aku snap untuk tatapan korang..

Dari segi rasa, memang xdapat dinafikan. Memang berasa semuanya.. Makan aku sendiri yang di'suggest'kan oleh waiter a.k.a menantu tuan Khalid Embong. "Hawaian BBQ Cheese Steak"

HAWAIIAN BBQ CHEESE STEAK

Rasa masam nenas ditambah lemak cheese ditambah perapan daging steak yang memang padat isinya dengan sos BBQ. Dimakan sekali memang terasa juice nenas lemak cheese & steak memang tak dapat digambarkan semua rasa dalam satu masa.

Menu wajib korang terjah untuk makan. ( Gua nak repeat lagi dengan family insyallah... ) Hope boss Khalid Embong bagi discount utk gua la harapnya.. :)

Nie menu yang Shafie Bustan Order.

Chipotle BBQ Beef Ribs

Memang terbaik rasa & sos yang digunakan.. Mengikut Masterji Khalid Embong, sos ini adalah rahsia chef mereka untuk tetamu @ pengunjung Moon's Kitchen.

Aku dapat merasa sos & daging ribs nieh.. Daging yang empuk... Sos yang terasa 'smoke'nya.. Memang sebati dengan daging yang dimasak empuk...

Oklah.. Nie beberapa gambar untuk tatapan korang sebelum menerjah ke Moon's Kitchen. 

Lupa lak gua.. Nie details kedai Moon's Kitchen

12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6B,
Putra Heights,
47650 Subang Jaya,
Selangor

03 5887 1081
Insta : @moons_kitchen
Waktu Operasi : 5 pm till 12 midnight 
Close On MONDAY

Kalau korang p sana.. Habaq la aku recomend ( harapanku dapat la token sikit..  Kekekeekek)



Deco Moon's Kitchen

Kick Stater




Lobster Cheese


KHALID EMBONG, RAZALI RAZMAN , SHAFIE BUSTAN &  ZAINOL AZMIN

RAZALI RAZMAN KHALID EMBONG & ZAINOL AZMIN

AEON Food Court Cheras Selatan ARENA

0 comments

Assalamualaikum.

Pada yang biasa membeli-belah kat shopping complex terutama AEON,GIANT,TESCO & sewaktu dengannya.

Tak terlepas jika pergi waktu tengah hari pasti kita akan menyinggah kedai makan a.k.a food court yang tersedia.

Kali nie nak review makanan yang gua try di salah satu food stall yang terdapat dalam ARENA.

Kalau tengok dari segi presentation gambar menu yang dihasilkan..

Bertambah lapor gua bila gua tgk gambar yang diletak di food stall yang ada.

Tetapi gua tertarik untuk makan Nasi Ayam pada kali nieh. ( agak-agak la gua nak review semua. Gua leh telan satu masa satu menu )

Pada review gambar membuatku order Nasi Ayam Roasted.

Gua menanti hampir 3 minit. Makanan gua siap..

Dari segi presentations yang gua tengok kat gambar dengan real presentation memng agak mengecewakan....

Sedey gua tgk persembahan makannya...

Nak buat camner.. Bukan AEON or ada orang nak bayarkan walau gua xpuas hati.

So gua teruskan pemakanan gua ke meja makan.

Sekali gua pun merasa nasi ayam roasted yang dicurah sambal tanpa kicap.

Sekali gua rasa. Wow!!!! Walaupun presentation yanh menghampakan. Namun rasanya... Tidak mengecewakan gua....

Macam orang selalu cakap.. Don't judge the book by it cover.

Tapi gua memang menilai dari luaran jika gua xkenai.

Kekurangan Nasi Ayam nieh pada sup & xdak kicap.

Oklah. Lu orang nak pekena masakan ala melayu ala british ala mat salleh ala mamak.. ARENA food stall Cheras Selatan salah satu recomanded.

Walau mahal sedikit dari harga di luar. Namun rasanya tidak mengecewakan..

Korang tgk la pic yang gua snap untuk tatapan korang.

Port Makan Chop & Steak Serdang

5 comments
Perghhhh... Salam... Menu makan port kali nieh mmg port ketegori aku selalu pegi.
Cuma kebelakangan nieh ku jarang g pasa wife rajin masak kat umah.

Ok back mai topic. Kedai nie memang dekat dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
So, kategori port harga patut-patut la. Lokasi student yang dekat mungkin membuat ia harga patut-patut.

Namun masakan & makanan nieh jauh lebih menarek berbading port 'kg baru' yang ngetop.
Menu utama adalah makanan barat. Jadi ia menjadi pilihan kebanyakan pengunjung kat sini.
Ok ini beberapa gambar makanan yang aku tempah semalam.
Map View Chop n Steak Landmark Proton Service & Perodua


Alamat Kedai :

No.379, Jalan 18/1 (Taman Sri Serdang), 43400 SerdangSelangor

Perjalanan dari UPM Serdang. Selepas pamp station Petronas, Petron nampak SPEEDMART 99.

Belok kiri. Simpang pertama ambil kanan. Terus... Sampai jumpa kren park , masuk simpang kanan. 

Kedai berada di sebelah kanan. Cari park, park & makan...