Port Makan Kuantan Pahang Sedap Jangan Terjah Kedai Sara Tomyam

1 comments
Assallammualaikum...

Wa pasti yang penggemar makan tomyam akan mencari keaslian dan keenakkan masakan thai iaitu tonyam... Betul tak???

Samaada lu orang yang tinggal di Lembah Klang kedai tomyam pasti menjadi pilihan...

Jika lu orang terjah Kuantan,Pahang wa amat amat MELARANG lu orang terjah Sara Tomyam....

Apsal pulokkkk.... Sukati wa la nak terjah ke tidak....

Laaa.... Wa dah larang lu orang nak terjah gak Restoran Sara Tomyam nieh????

Oklah... Wa larang bukan apa....

Wa takut lu orang akan menyesal terjah Restoran Sara Tomyam....

Makanan serta side dish yang disediakan, akan membuatlan lu orang akan order lagi & lagi....

Serious... Wa permulaan kenalan wa, yang menetap & bekerja di Kuantan Pahang bawak wa ke Restoran nieh... Wa tak nampak apa yang menarik....

Selain dari hiasan yang menggunakan kayu ... Pintu masuk yang berbentuk pintu gerbang...

Di sebalik pintu masuk itu, jika lu orang keluar akan nampak tulisan jawi bertulis Alhamdullilah...

Pergghh... Hiasan yang tidak terlalu sarat... Susunan meja yang pada wa mudah untuk pelanggan & penghantar makanan hantar tanpa mengganggu pelanggan yanh sedang enak menikmati jamuan makan malam bersama keluarga or berdating...

Ruang pengaliran udara, yang tiada halangan membuat kita sedikit sejuk tanpa dihujani embun pagi.... ( Jika lepak waktu lewat malam )

Kawasan yang melarang keras perokok untuk merokok di dalam  premis... Membuatkan wa sedia membawa family gua sekiranya bercuti di Kuantan....

Jamuan pembuka selera wa di Restoran Sara Tomyam nie...

Pulut Mangga Santan...

Perghhh... Memang mantop beb... Lemak santan ditambah lemak pulut, diadun sebati dengan lemak mangga dan manisnya mangga...

Diadun molek di dalam mulut membuatkan lu orang rasa... Walla... Nilah makanan yang membuat lu orang hendak makan lagi dan lago sehingga habis sepiring lu sorang je makan....


Kerabu Mangga

Tomyam Seafood Sara 


Set Dinner Tomyam Kerabu Mangga Pulut Mangga

Nasi Goreng Sara Seafood


If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 Response to Port Makan Kuantan Pahang Sedap Jangan Terjah Kedai Sara Tomyam

14 September, 2015

Wow.. nampak amat menyelerakan.. bookmark!!

Post a Comment