Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

TheSooq Bazaar Bangi yang penuh dengan gerai makan

2 comments
Assalamualaikum & Selamat pagi....

Pasti lu orang dah sarapankan...

Kalau belom p sarapan kang mendidih lagi teruk perut lu orang baca post wa dalam nieh..

Ada sabtu & ahad yang lepas.. TheSooq ad open booth bazaar makan-makan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.

Gua sempat la terjah beberapa gerai untuk santapan wa sepamily...

Antaranya Goreng Pisang Cheese Malaya & The Iced Coffee yang dibotolkan dalam 500ml botol.

Pada wa banyak yang boleh diketenghkan.. Tapi mungkin wa datng lewat.

Banyak kedai yang kehabisan stok makan. Wa n wife baru nak merasa aiskrim pasu.. Tapi apakan daya.. Habis settle semua aiskrim akak nieh...

Pada wa, harap penganjur lepas nieh just pakai canopy kecil n ia menunjukkan identiti peserta untuk deco gerai mereka lebih ceria.

Apa pun satu penganjuran yang mendapat respond oleh orang Bangi & sekitar..

Nie beberapa pic yang gua snap hasil terjahan wa di TheSooqMalaysia

Tekun Brother nie Gesek CHEESE




Antara Hasil Tangkapan di TheSooq Bazaar Makan-makan



ThatIcedCoffee pekat melakat


Buatan Tempatan. Pekat Melekar!

Keropok Lekor Asli Kini Berada di Putrajaya

0 comments
Assalamualaikum...

Lu orang apa kabar? Kali nie wa share produk yang dijual oleh member gua hafiz.

Dia bagi wa try produk dia. Pada wa.. Ia masih mengekalkan rasa ikan tanpa lebihan tepung.. ( pada wa ini yang penting)

Sos yang disediakan sekali membuatkan ia dimakan sekali dengan campuran yang sebati..

Jadi, pada orang Putrajaya dan sekitar yang nak merasai sendiri kesedapan keropok lekor asli yang dipack vacum WAJIB cuba!!

Boleh contact sendiri owner... Nie petakan gua petik dari blog pemilik...
Harganya juga berpatutan untuk satu paket hanya RM10. Bagi mereka yang berminat untuk order keropok lekor ini, penghantaran melalui POS juga disediakan. Jika ingin beli terus dari pembekal boleh COD di area Putrajaya, Kajang dan Bangi. Mereka yang berminat boleh call ataupun whatsup di talian 016-6665859


Logo packaging


Hasil gorengan wife gua Keropok Lekor Asli Terenganu


Lu Orang Tak Tau Port Makan Bangi Kat Mana? Jom Terjah PORT nieh

8 comments
Assalamualaikum...

Fuh... Semakin mencabar untuk gua menulis di ruangan nieh.... Pencari Makan tidak akan terhenti disini...

Harap dengan sokongan komen-komen lu orang di bawah dan follow blog Pencari Makan gua akan membuatkan gua teruja untuk terus menulis....

Ok... Port nieh memang aku cukup teruja nak terjah lepas dapat pelawaan untuk diterjah oleh pemiliknya.. Post nieh tidak berbayar ok... Wa pakai duit poket sendiri untuk wa terjah ngan family wa...

Apa pon pada wa.. Port nieh memang menyediakan pelbagai hidangan untuk pilihan lu orang makan.. Apahal lak?? Yups.. Bukan fokus pada 1 menu sahaja..

Pelbagaian menu untuk lu orang pilih.. Diantaranya... Menu Masakan Arab, Indon , Western & juga tempatan...

Nasi Arab ada, Western Food ada, nasi ayam penyet ada, & masakan thai juga disediakan.. Mak ai.. So, rangkuman pelbagai menu di dalam satu tempat....

Selain tueh.. Menu Burger dengan patty daging yang dibuat sendiri juga ada.. Mak ai.. Banyaknyer menu.. Ahahaha..

Ok, apa yang wa terjah makan bersama family adalah......

Nasi Arab yang disyorkan masakan nasinya yang laian.. Memang wa rasai sendiri Nasi dia.. Tak kering, smooth.. Memang sedap walau tanpa apa lauk pauk atau sup & juga sambalnya ( sambal ker cili blander tueh.. ) Haahaha... Ayam yang dibakar garing namun isi dalam tak terlalu kering.. Membuatkan wa & isteri menikmati tanpa hilang rasa ayam & rempahnya...

Manakala sambalnya yang tak pedas & tidak terlalu masam membuatkan wa minta tambah sambalnya..


Anak-anak wa pantang jumpa Western.. Sorang amek Chicken Grill sorang lagi Chicken Chop Salut dengan Sosej..

Wa rasai sendiri kedua-duanya tak kurang hebat.. Ayam yang smooth.. Nampak garing di luar namun isi dalam masih lembut & masak sepenuhnya.. Ini penting bagi wa...

Manakala Chicken Chop salut Sosej memang tak terkalah dengan sos black papernya... Isi yang padat pada ayam & juga sosej.. Dilipah pula cheese pada sosej...

Penutupnya, wa booking order Bazooka Burger untuk menikmati sendiri Daging Patty buatannya sendiri.. Gua rasai sendiri, isi daging yang dibuat sendiri.. Memang lembut.. Kenikmatan isinya yang padat.. Tak terkurang masih atau terlebih masin.. Dimix sekali dengan Ayam & Cheese serta sos nya..

Adunan rasa yang lengkap di dalam mulut apabila dimamah sekali... Pada wa.. Lu orang area Bangi memang wajib terjah.. Orang luar bangi yang nak merasai nikmat Port nieh leh terjah juga utk merasai kenikmatannya...

Oklah.. Port dia untuk lu orang terjah.. Macam biasa.. Wa amek dari Instant Street View Google

Latitude / Longitude
2.960574,101.753581
ANAK WA NAUFAL SEJAK WA JADI RETIS BLOGGER NIEH KAKI POST GAK



LU ORANG TENGOK ANAK WA NAK POST SAMA CAM WA

BURGER BAZOOKA

CHICKEN GRILL

CHICKEN PLUS SOSEJ

CHICKEN PLUS SOSEJ

NASI ARAB 

Boat Noodle MURAH SEDAP. Tapi......

0 comments
Assalamualaikum... Fuh..

Mana la lagi lokasi wa nak terjah... Untuk memastikan lu orang yang baca nieh tahu port mana nak terjah..

Akhinya wa dapat suggestion untuk menerjah port makan di Damansara.. Wa rasa macam jauh jer port nak terjah sampai ke Damansara...

Area mainan port wa Kajang, Bangi, Putrajaya pada wa pun x abis makan lagi... Akhirnya wa ketemu port kedai yang sama.....

BOAT NOODLE atau Mee Sampan... Yergh.. Port nie akhirnya menjadi jamuan makan tengah hari wa n family pada ahad lepas...

Port nieh kat area Taman Coonnought Cheras di Menara IKON. Pada wa port nieh kategori elit sikit.. PAsal depa sediakan kedai makan sahaja.. Port beli Roti n buah-buahan.. Itu jerk lebih pada office untuk diterjah better datang sabtu or ahad. Kalau tak lu orang berebut dengan orang yang bekerja di banggunan yang sama..

Dari segi harga memang murah.. Hanya RM 1.90 semangkuk.... Tapi air & side dish boleh tahan mangkaw orang Melaka cakap.. Tapi apa pon.. Pilihan di tangan memasing... Gua sharing lokasi jerk...

Dari segi rasa, pada wa ada dua pilihan jer Mee Sampan nieh... Satu Masan & satu lagi pedas.. Itu je pilihan yang lu orang ada. Pilihan kedua AYAM atau Daging... Nah.. Simple jer menu dia..

Mee Sampan Asam Ayam , Mee Sampan Pedas Ayam, Mee Sampan Asam Daging atau Mee Sampan Pedas Daging.

Nah!! 4 mangkuk pilihan utk pelbagai rasa.. Side dish ada la bebola ayam, bebola daging.. So pilihan wa hari tueh.. Wa rasa semua empat pilihan Mee Sampan plus wa amek side dish bebola ayam & bebola daging...

Tueh yang lu orang tengok penoh meja wa makan.. Potion makanan yang disediakan dalam 2 sudu besar mee. Selebihnya isi ayam or isi daging & kuah plus sayur.

Tapi serious peminat Masam amek hat ASAM.. Peminat PEDAS better amek PEDAS.. Kalau tak lu orang akan kebas lidah untuk melepaskan apa keminatan lu orang..

Okalah.. Lu orang  pun dah baca serba sedikit penangan gua berkenaan Boat Noodle jom nikmati beberapa gambar santapan wa & family..

Lokasi yang gua dapat bantuan dari Instant Street View


Latitude / Longitude
3.081726,101.73159



















BBQ Chicken K-Poper Versi Ayam dengan Menu Utama

0 comments


Assalamualaikum...

Paling penting Aku & Abang Brian MasterChef Malaysia Selebriti All Star


Fuh... Minggu yang agak sibuk bagi gau.. ( sebok la sangat... ) Hahhhh...

Syukran kepada ALLAH kerana memberi peluang pada wa untuk mendapat peluang ditawarkan menempatkan slot di Rancangan TV1 iaitu Menu Kita.

Dengan itu wa dapat menikmati makanan Korean fokus pada kenikmatan ayam yang Halal serta lazat... BBQ Chicken One Utama merupakan salah satu francise syarikat yang telah 5 tahun berada di pasaran. Dimiliki oleh Bumiputera yang telah mengikuti secara khusus masakan BBQ Chicken Korea di Chicken Universiti di Korea.

Serious.. Pada wa, mengikut apa yang wa rasa & rasai.. Terdapat kelaianan pada mixer sos yang diadun enak tidak mengurangkan rasa diantara satu sama lain.... Ayam yang dimasak dan diperap kenikmatan isi ayam saling melengkapi diantara. Tanpa mengurangkan rasa tanpa satu diantaranya.

Menu yang menjadi Hot item di kedai JERK Chicken, Hot Hot Drum & Paris Chicken.

Bukan sahaja menu Chicken. Sebenarnya terdapat lebih  700 menu yang disediakan oleh pemilik asal BBQ Chicken untuk pelanggan nikmati. Namun dengan 70 menu yang sedia ada di dalam kedai BBQ Chicken One Utama ini. Anda pasti akan repeat berkali-kali untuk menikmati SOS & Ayam yang dimasak dengan penuh kenikmatan ini.

Serius tanpa merasai sendiri lu orang sendiri tidak dapat merasai apa yang wa cuba sampaikan.. Masam, Manis, Pedas, Masin saling melengkapi diantara satu sama lain.....

Pada wa, lu orang kena terjah sendiri..

Wa Berani Rekemen.....

Hot Hot Chicken bagi penggemar Pedas.

BBQ CHICKEN HOT HOT CHICKEN Boleh dinikmati bersama Chicken Kebab Korean Style.



Bagi Penggemar Masam Masin Manis Pedas Suam-suam

Gua Rekeman Paris Chicken

Paris Chicken. Menu yang menjadi pilihan bagi couple.. HEHEHEHEHEH


JERK AYAM yang boleh ditukar nasi dengan piih
Tak lupa Menu Yang Superb Hot...

GangJeong Chicken



Untuk tempahan boleh hubungi 


One Utama
LG 323-323A,One Utama shopping Centre,
Persiaran Bandar Utama,
47800 PJ, Selangor.
Tel: (603) – 7727 0619


MasterChef Selebriti VS Pencari Makan. Lu Agak Sapa Lagi Popular?

4 comments
Assalamaualaikum.....

Alhamdulillah.. Blog gua mendapat perhatian media massa. InsyaALLAH gua akan shooting dengan RETIS yang joint MasterChef All Star.

Wa ngan RETIS nieh akan digandingkan dalam satu rancangan Radio Television Malaysia ( RTM ) bertajuk Menu Kita.

Syukran 2015 membuka lembaran yang pada wa 1001 kelainan pada wa yang ALLAH Kurniakan.

Wa tanpa membuang masa menerima lamaran dari pihak RTM untuk sertai Menu Kita bagi ruangan Blogger.

Wa, yang belum setahun dalam arena penulisan Blog Makanan merasakan ia penghargaan yang cukup besar untuk wa bagi tahun 2015.

So, pada lu orang yang sentiasa membaca as silent reader thanks a lot.. Tanpa lu orang yang baca blog gua nieh. Pasti mereka xjumpa blog wa untuk dimuatkan dalam slot rancangan mereka.

Wa dengar-dengar diorang akan keluarkan dalam bulan March. So, lu orang kena set date tau.. Pasal wa masuk 1st episode nieh....

Menu makan lak.. AYAM.. Fuh.. Yang lagi besh... MENU AYAM Korean style!!! Paling penting HALAL JAKIM!!!

Lu orang nak tau?? Nantikan post wa mendatang review pasal Port makan nieh plus dengan aksi wa semasa rakaman untuk Slot Menu Kita di RTM nieh...

Ok Retis MasterChef Selebriti yang wa cakap nieh.... BRIAN.....

Lu orang leh tengok profil dia hasil carian wa dan dijumpai di blog ASTRO GEMPAK



Ok.. Lu orang komen siapa lagi popular?? Lu komen BRIAN popular.. Kompom komen lu orang tak appear...

Kalo komen gud-gud yang membina wa... Wa teringin nak bagi something untuk lu orang... :)

Amacam?? Lu orang berani nak komen... Wa sediakan ruang untuk lu orang.....

Gua akan tengok komen yang Gud-Gud nieh sampai 11 Januari 2015..

Lepas dari tarikh nieh.. Gua tak pasti nak bagi hadiah ke tak. ( Silap-silap wa takde orang kot nak komen... Kikikiki.. Wa je gud-gud pasan... )