Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Travel Food Pencari Makan Melaka Kuih Kampong Ujong Pasir Melaka

2 comments
Assalamualaikum....

Minum petang... Kalau lu orang rajin p melancong ke Melaka....

Port wajib terjah selepas korang pusing town Melaka... Nie memang ngetops di Melaka..

Hentian Kuih Kampong Ujong Pasir Melaka....

Pelbagai pilihan menu kuih muih selera kampong yang memang payah la kalo lu orang nak cari kat tempat asal lu orang terutama geng-geng yang duduk lembah klang.. ( ada kalu... Share sama gua.. )

Ok, gua ada la beberapa kali terjah port nieh.. Cuma kali nieh wa bawa anak bini wa selepas pusing-pusing melawat Muzium kapal di Melaka...

Dah penat berjalan gua bawa menerjah makan kuih kampong...

Pada pengamatan wa, memang kuih yang gua amek & nasi lemak serta keaw tiaw panas memang mencengkam jiwa...

Menu pilihan wa kalo terjah Hentian Kuih Kampong nie... Popia basah.. Pergh... Terasa kuah dia dengan udang.. Isi yang padat... ( Ikut tekak gua memang berbaloi la & rugi x makan Popia Basah )

Jom lu orang tengok beberapa gambar yang gua berjaya snap sambil makan....

Makan Sedap di Melaka

Sign Board Perhentian Kuih Kampong Ujong Pasir Melaka
Jalan satu hala yang mengurangkan kesesakan..

Kuih Buah Melaka.. Orang Melaka kalo buat kuih...
Keaw Tiaw memang tak terkalah walau nampak 'bodoh'

Nasi Lemak RM1



Popia Basah Ngetop di Perhentian Kuih Kampong

Pilihan menu untuk anak-anak gua

Travelog Makan Air Bakar Arang Malim Melaka

5 comments
Assalamualaikum....

Makan-makan pencari makan masih di Melaka... ( wa kan cakap seminggu di Melaka.. )

Oklah.. Nieh port makan untuk yang nak merasa kelainan air minuman yang dibakar menggunakan kayu arang...

Serious wa memula minum memang terasa kelainan air yang diorder..

Gerai nieh betul-betul belakang Caltex Jalan Malim Jaya Melaka..

Hasil dari terjahan dengan pak mertua & ipar wa pergi leh tahan gak.. Kedai pun ramai orang...

Menu pilihan tiada yang lain cuma Air yang dimasak menggunakan Arang bakar pada gua memang kelainan dibawa pemilik kedai.

Nasi Lemak pelbagai pilihan..

Nasi Lemak Telor Goreng
Nasi Lemak Ikan Bilis
Nasi Lemak Kangkung ( Menu biasa orang Melaka )
Mee Goreng

Kedai Makan Sedap Melaka


Mesin Air Arang Bakar

Nasi Lemak

Menu Sarapan Gua

Mee Goreng Panas-panas

Homemade : Lasagna Home Delivery Melaka

2 comments
Assalmualaikum....

Wa dapat permintaan untuk mengongsikan Homemade Lasagna...

Permintaan kata pemilik memang ramai... ( Sapa nak jatuhkan produk sendiri ye dak?? ) Hehehehe..

So, gua diberi sebiji lasagna yang dibuat sendiri oleh isrterinya di rumah...

Semakin ramai yang mula Home Base Business...

Gua bab makan mana pernah tolak beb....

Sesampai gua di rumah mertua gua di Alor Gajah ( kan gua kata gua cuti-cuti Melaka Last week )

Dari segi penampilan luaran macam biasa.. Nampak menarik.. Namun pada gua ia bukan penguat semangat untuk gua terus memuji malah jauh sekali mengkeji.. ( Rasullulah cukup pantang keji makanan )

Ok, gua bawak balik.... Laju je anak-anak wa n wife makan.. Wa siap pesan.. Simpan sikit... Nak buat review nieh....

So, lu orang layakan beberapa pic yang gua snap plus gambar dari feedback pemilik lasagna nieh...

Nie yang tinggal utk wa.. 1/4 jer beb.. Laju anak-anak wa n wife makan

Gambaran dalaman.. Isi padat.. 2 layer.. Memang Sedap beb






Ok lu orang dah mula rasa macam nak order???

Nie contact person untuk tempahan

Faizul Rosli 
Telifon : 017 694 7464
Facebook : LasagnaPage
Penghantaran Sekitar Melaka PERCUMA...
Untuk luar MELAKA contact la owner yer.. :) 

Travelog Makan : Rasa Kampung Cheng Melaka

2 comments
Assalamualaikum....

Pada minggu lepas wa meluangkan masa bercuti ( balik kampung sebenarnya ) di Melaka.

Ada beberapa port yang wa terjah mungkin secara kebetulan sama seperti team Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Wa mendapat jemputan untuk merasa & menikmati makanan yang disediakan oleh Restoran Rasa Kampung.

Thanks bro Ammar atas jemputan....

Pada pengamatan wa, kedai nieh dari segi hiasan & susun atur memang menarik & simple.

Permudah untuk tetamu/pengunjung untuk duduk & makan dengan tenang. Ruang kedai yang besar & berada di hujjung membuatkan pemilik dapat mengambil ruang tepi untuk digunakan sebaik mungkin untuk pengunjung makan dengan selesa.

Port wa makan pula sebelah dengan cashier ( harapan dapat cuci mata awek-awek yang bayar )

Kedai Makan Sedap Melaka
Rasa Kampung Makan Sedap Melaka


Restoran Rasa Kampung Cheng  Melaka


Wifi disediakan PERCUMA pada pengunjung


Rasa Kampung Senarai Harga

Daging Salai



Daging Kambing

Lauk Pauk Pilihan


Ammar memilih lauk Kambing Kari
Pada lu orang yang nak menerjah Restoran Rasa Kampung yang sedap kat Melaka...

Restoran Rasa Kampung
Taman Teknologi Cheng
Cheng Melaka
Waktu Operasi 7.00 pagi - 12.00 pagi

Ikan Bakar & Aweks Meluangkan Masa Lunch

4 comments
Assalamualaikum.....

Ha... Amcm?? Raya Depavali?? Gua pun tak sempat update port jalan-jalan cari makan...

1- Sebab wa bercuti
2- Sebab lappy wa buat hal.. takmo nyala.. So, masok wad....

Oklah.. Itu bukan apa lu orang cari dalam penulisan wa kan.... ( Alasan kena ada baru lu orang terjah blog gua.. )

Port makan kali nie apa yang gua Pencari Makan terjah adalah port makan sedap area Kajang...

Serious selain dari makan sedap aweks-aweks juga port kat sini beb..

Selain perot lu orang kenyang, mata lu orang akan nyaman akan pemandangan yang ada.....

Ok tanpa membuang masa...

Jom layan gambar Makan Ikan Bakar & menu tengah hari sedap di Kajang...

Selain dari lauk pauk.. Kelapa muda juga ada dijual disebelah kedai ikan bakar yang sedia ada..


Kedai Makan Ikan Bakar Sedap Kajang Sepakat Indah II

Ikan Bakar Keli ngan pegedel pilihan Pencari Makan

Ikan bakar pilihan lain-lain lauk pauk

Aneka pilihan ikan bakar

Aneka pilihan lauk pauk





Gerai Seksyen 7 Kajang Sepakat Indah II

Air Kelapa Segar Kajang


Kredit Gambar Haniif 4Square

Helmi 4Square

Warong Kak Pah Pokok Getah

5 comments
Assalamualaikum...


Amacam cuti raya?? Ok?? Port mana lu orang terjah??

Nie port untuk yang nak kaki cendol & kaki laksa..

Wa pekena LAKSA + Cendoi pergh....

Panas cuaca redup pokok... Membuat gua menerjah untuk kali keberapa untuk dikongsikan dengan lu orang...

Port nieh selalu diterjah geng-geng SONY Bangi, pekerja-pekerja sekitar Bangi.. Wa pun kerja area sini-sini gak..

So, port nie antara yang gua terjah....

Nie port sedap laksa bangi, kajang

LAKSA Kak Pah nieh bukan jer penuh ngan isi ikan.. Siap lu orang leh cedok sendiri dalam mangkuk yang panas tueh...

Serious.. Untuk kaki mee kari pun leh cedok sendiri kuah.. Cuma cendoi lu orang xleh bikin sendiri pasai anak kak pah yang jaga persiapan cendoi nieh...

Hahaha.. Jom lu orang tengok beberapa gambar yang gua snap untuk tatapan lu orang...

Gerai makan sedap Bangi Kajang

Sebok bungkus untuk customer nampak Kak Pah

Kawah Kuah LAKSA & Mee Kari

LAKSA + CABAI + OTAK UDANG + CENDOI

Pemandangan LAKSA & Cabai taboq

SENARAI MAKAN & HARGA KAK PAH
Alamat details Warung Kak Pah nieh takdak alamat...

Tapi gua dapat koordinat gps untuk lu orang terjah.. GPS or Map or waze lu cari SONY Bangi kompom jumpa cari car park jumpa Gerai kak pah nieh..

2°56'39.7"N 101°45'12.6"E