Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label nasi lemak. Show all posts

Pencari Makan Jangan Berhenti Hentian Nilai Sebelah Selatan

1 comments
Assalamualaikum....

Fuh.... Lain macam tajuk nieh!!! Aphal??!!!

Kalau orang lain berhenti biar la APAHAL wa nak halang lak...

Bukan... Bukan wa nak HALANG... Tapi wa nak rekemen port makan dia...

Hahahahaa... Guakan pencari Makan... Port makan mesti dikongsikan bersama lu orang...

Terutama yang melibatkan Hentian Rehat & Rawat di PLUS.

Stigma kita kalau Hentian R&R PLUS port makan mereka mesti biasa-biasa...

Itu wa tak salah sesiapa.. Wa pun sama... Salah tanggap & rumours begitu kuat berlegar sudah pasti ada di antara lu orang pun terkena gak..

Wa pun ada terkena di beberapa lokasi R&R yang makanannya ala-ala jerk.. Melepaskan apa nak masak jer.. Bukan IKHLAS tapi nak menarah duit pengguna pembeli makanan...

Tapi port nieh wa terjah pada minggu lepas, selepas wa diberi tugasan untuk bekerja di Port Dickson...

Kebetulan wa tak sarapan lak pagi tueh.. Kalut apa wa pun tak tahu.... Pada mulanya, wa nak terjah port makan yang biasa area Bangi...

Tah macam mana kaki loncos je meneken minyak dan masuk ke highway.. Patner wa siap sound.. Bukan lu nak sarap ke tadi...

Wa pun terkesima terus cakap.. Kita try port makan kat highway la.. Walhal wa yang terlupa sebab khusyuk nak pergi kerja kat PD.. ( Lu orang caya ker?? ) Lantak la lu orang nak caya ke tak.. Hahahahaha...

Ok.. Sesampai jer wa kat hentian sebelah Nilai, wa tengok kenderaan yang sama macam wa bawak membuatkan gua semakin semangat nak sarapan kat port nieh.. ( Apahal lak kaitan kereta ngan makan )

Aghhh.. Tetiba kaki wa meloncos laju masuk kek satu kedai... Walhal wa tak pernah terjah port nieh walau boleh kata sebulan sekali wa balik Melaka... ( Nie dikatakan, rezeki dari pendapatan kita Allah tetapkan untuk orang lain juga bahagiannya... )

So, wa pon terjahlah port makan nieh... Wa amek menu makanan Normal orang Melayu Malaysia... Nasi Lemak + Paru Sambal Sambal Lebih.....

Kelebihan

Nasi Lemak yang pada wa terasa lemaknya.....

Sambal yang berasa sedap & pedas-pedas manis...

Kekurangan yang perlu pembaikan...

Sambal paru yang menggunakan cili boh.. Kalau masih mengekalkan cili boh sambal perlu dimasak lebih lama...

Pasal pada wa, sambal cili kering lebih umphhh... Tapi itu semua mengikut selera & tekak memasing...

Pada wa itu jer.. Pelbagai lauk pauk boleh dipilih.. Sebabkan kaunter ke dalam & diambil sendiri oleh penyedia makanan.. Wa hanya snap pic makanan wa jer..

Enjoy the food...

Nasi Lemak + Sambal Paru





Nasi Lomak Manjo

Gerai Makan Nasi Lemak Sambal Power

2 comments
Assalamualaikum....

Kesibukan mula melanda wa... Beberapa hari gak gua tak share port makan dengan lu orang plus wa pun dah blur nak p terjah port makan yang SEDAP, HARGA PATOT, PORT MEMANG SEDAP MATA MEMANDANG untuk lu orang TERJAH.

Kali nie port nieh budak opis gua gak yang bawa... Gua pun pelik n heran macam mana la dia tau semua port makan 'tersorok'.

Waktu urusniaga juga pelik.... Apsal pelik??

Ok orang lain semua sibuk buka kedai jam 11.00 pagi paling awai untuk operasi makan tengah hari.. Namun gerai nie operasi bermula jam 2.30pm... Yang lagi pelik ramai lak tueh orang...

Pertambahan kepelikan lu orang kena beratur n ada orang yang tukang pack.. Ampa pilih nak makan bungkuih or nak Nasi Lemak or Nasi Putih.

Pada yang suka potion besaq.. Better ambek Nasi Putih.. Selain bnyk sambal belacan & lauk pauk tak kurang hebatnya...

Bagi yang pemakan Nasi Lemak plus suka sambal bilis.. Ha nieh pilihan lu orang..  Sambal boleh kata power la juga.. Sedap plus pedas.. Namun tak terlalu pedas...

Oklah, pada lu orang yang nak menerjah... Kawasan dalam kampung.. Lu orang yang mencari landmark.. Nie gua dapat dari Instant Street View.

Dari KL or SERDANG lu orang hala ke Pusat Latihan Maybank terus jer.. Sampai lu orang lepas traffic light ke 3 selepas pusat latihan Maybank..

Lu orang akan nampak lorong nie. Amek lorong hat kecik belah kiri.. Depan kalu.. Ada simpang kiri. Kasi masok... dlm 200 meter gerai nie sebelah kanan lu orang...

Manakala bagi member-member dari Putrajaya keluar kat pintu gate satu.. Traffic light selepas INSPENS 2 amek kanan...

Hala ke Sg Merab.. So lu orang nampak je juction nieh selepas Masjid sebelah kanan.. Sebelum MZ Cafe.. :)

Kalo xjumpa gak lu org komen or pm gua kat FB.. ehehe

Ingat tau.. Jam 2.30pm - 6.00.. Selalu orang dah beratur jam 2.15pm.. Jam 5.30pm tinggal roti canai jerk...





So jom nikmati beberapa gambar yang sempat gua snap pakai LENOVO P780 gua..










Travelog Makan Air Bakar Arang Malim Melaka

5 comments
Assalamualaikum....

Makan-makan pencari makan masih di Melaka... ( wa kan cakap seminggu di Melaka.. )

Oklah.. Nieh port makan untuk yang nak merasa kelainan air minuman yang dibakar menggunakan kayu arang...

Serious wa memula minum memang terasa kelainan air yang diorder..

Gerai nieh betul-betul belakang Caltex Jalan Malim Jaya Melaka..

Hasil dari terjahan dengan pak mertua & ipar wa pergi leh tahan gak.. Kedai pun ramai orang...

Menu pilihan tiada yang lain cuma Air yang dimasak menggunakan Arang bakar pada gua memang kelainan dibawa pemilik kedai.

Nasi Lemak pelbagai pilihan..

Nasi Lemak Telor Goreng
Nasi Lemak Ikan Bilis
Nasi Lemak Kangkung ( Menu biasa orang Melaka )
Mee Goreng

Kedai Makan Sedap Melaka


Mesin Air Arang Bakar

Nasi Lemak

Menu Sarapan Gua

Mee Goreng Panas-panas

Travelog Makan : Melaka Port Visit Malaysia 2014 Makan-Makan. Limbongan Roti Canai Aneka Lauk

3 comments
Assalamualaikum....

Pada yang follow blog & FB gua.. Pasti tahu gua balek beraya di Melaka pada tahun nieh.

Di situ juga gua minta pendapat friend list yang sudi beri beberapa port untuk gua terjah sebelum hari raya aidiladha menjelang.






Gila thanks ramai bagi port untuk gua terjah.... Ni pulak port-port yang dicadangkan untuk gua terjah..

Namun bukan semua dapat gua terjah. Ada la beberapa kedai makan gua terjah untuk dikongsikan dengan pencari makan sekalian...

Nie port yang gua terjah di Limbongan, Melaka. Port nie gua memang 1st time pergi walau dah pernah kerja di Melaka hampir 4 tahun...

Port nieh gua terjah seawal pagi jam 7.30 am gua sampai port nieh..... Memula gua terjah agak was-was pasai sebelum gua terjah gua tengok dalam google ada brother nie review gak port nieh.. Namun no gerai. agak berbeza...
View Kedai Makan Roti Canai Limbongan

Hujung ke hujung gua berulang-alik untuk memastikan ia port yang betul... Namun sedikit hampa kerana pemilik kedai tidak menggunakan arang sebagai bahan bakar untuk membakar roti canainya...

Namun gua teruskan order dengan roti canai 2 keping beserta Kari Kambeng Kopi Panas & Air Suam..

Lupa lak menu tambahan Nasi Lemak Ikan Bilis bungkus daun pisang...

Keenakan Roti Canai yang lembut ditambah kari kambeng yang pekat, dagingya yang empuk.

Memang membuka selera di pagi hari yang sungguh sejuk. Namun keenakan kambeng menghilangkan kesejukan di pagi hari tersebut..

Ditambah pula nasi lemak daun pisang yang memang lemak-lemak dengan sambal yang tidak berapa pedas namun enak dimakan begitu sahaja...

Menu Sarapan Gua Pagi tersebut dengan Hujan yang lebat


Nasi Lemak Ikan Bilis Daun Pisang


Hasil Roti Canai Kambeng hanya bersisa tulang sahaja...












Gerai Makan Nasi Lemak Sambal POWER!

6 comments

Assalamualaikum...

Menu Nasi Lemak dan orang Malaysia berpisah tiada...

So, gua pun terjah port gua selalu makan juga la untuk direview. Bersama wa pada kali nieh Otai Hartanah Rumah Lelong Master Sifu Shafie Bustan...

Dari apa yang gua rasa mengikut selera gua memang tak kurang hebat juga walau gerai tanpa nama nieh boleh dikunjungi ramai orang...

Biasalah kawasan kampung boleh ramai lak yang terjah.. Gerai nieh punya follower tersendiri...

Beralamat di Kampung Sungai Merab Luar.. Lu orang boleh ambil land mark dari Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan ( JKM ) belah kiri lu orang.

Sampai simpang empat traffic light amek kiri.. Gerai tueh akan melalui cerunan bukit.. So, pastikan lu orang tak terlalu laju...

Nampak kedai runcit  SIRNA SEGAR TRADING belah kanan lu orang selepas bumper besar. Korang dah leh bagi signal kanan untuk masuk..

Gerai betul-betul belah kiri lu orang lepas masuk simpang dalam 30 meter...

So menu yang disediakan antaranya.. Nasi Lemak ( TIP TOP Hit ) Nasi Goreng, Mee Goreng, Keaw Tiaw & banyak la..  Roti Canai ja xdak pasai mungkin penebar dah lambung buka gerai sendiri mungkin.

So, malas gua nak menaip pepanjang.. Lu orang tengok hasil terjahan gua pada kali nie..

Nanti lu orang ada port sarapan cer la share untuk gua p terjah pula.. ( Kalau ada la pemilik kedai or gerai makan or Restoran nak gua review lagi gua alu-alukan.. )

Dah.. Dah.. Lu orang nikmati hasil tangkapan gua kali nieh...

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Bersuit Shafie Bustan kena sambal ikan bilis.. Pedas sangat mungkin

Kedai Runcit Landmark



Selera Napie Pekena Nasi Lemak Ayam Berempah 
Selain Ayam Goreng Berempah menu lain juga disediakan


Simpang masuk ke gerai makan  (Instant Street View Google )




Pemandangan Gerai Nasi Lemak Ayam Berempah ( Instant Street View Google )