Posted by PencariMakan in
cari makan malam,
cari makan sarapan,
jalan-jalan cari makan,
jom makan,
nasi lemak,
roti canai,
roti canai arang,
Roti Canai Limbongan Melaka,
Travelog Makan
Assalamualaikum....Pada yang follow blog & FB gua.. Pasti tahu gua balek beraya di Melaka pada tahun nieh.
Di situ juga gua minta pendapat friend list yang sudi beri beberapa port untuk gua terjah sebelum hari raya aidiladha menjelang.
Gila thanks ramai bagi port untuk gua terjah.... Ni pulak port-port yang dicadangkan untuk gua terjah..
Namun bukan semua dapat gua terjah. Ada la beberapa kedai makan gua terjah untuk dikongsikan dengan pencari makan sekalian...
Nie port yang gua terjah di Limbongan, Melaka. Port nie gua memang 1st time pergi walau dah pernah kerja di Melaka hampir 4 tahun...
Port nieh gua terjah seawal pagi jam 7.30 am gua sampai port nieh..... Memula gua terjah agak was-was pasai sebelum gua terjah gua tengok dalam google ada brother nie review gak port nieh.. Namun no gerai. agak berbeza...
View Kedai Makan Roti Canai Limbongan |
Hujung ke hujung gua berulang-alik untuk memastikan ia port yang betul... Namun sedikit hampa kerana pemilik kedai tidak menggunakan arang sebagai bahan bakar untuk membakar roti canainya...
Namun gua teruskan order dengan roti canai 2 keping beserta Kari Kambeng Kopi Panas & Air Suam..
Lupa lak menu tambahan Nasi Lemak Ikan Bilis bungkus daun pisang...
Keenakan Roti Canai yang lembut ditambah kari kambeng yang pekat, dagingya yang empuk.
Memang membuka selera di pagi hari yang sungguh sejuk. Namun keenakan kambeng menghilangkan kesejukan di pagi hari tersebut..
Ditambah pula nasi lemak daun pisang yang memang lemak-lemak dengan sambal yang tidak berapa pedas namun enak dimakan begitu sahaja...
Menu Sarapan Gua Pagi tersebut dengan Hujan yang lebat |
Nasi Lemak Ikan Bilis Daun Pisang |
Hasil Roti Canai Kambeng hanya bersisa tulang sahaja... |
3 Response to Travelog Makan : Melaka Port Visit Malaysia 2014 Makan-Makan. Limbongan Roti Canai Aneka Lauk
kalat kat banting aku tahu la. kat melaka..memang fail besar aku bab nak cari tempat makan best nih..
Titan.. tueh aku share beberapa lokasi kalo lu berhoneymon di MELAKA bro..
Cenggini punya sarapan pagi ....confirm tangkap lena nak tido laaa
Post a Comment