Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Ayam Hitam & Mamat Stim?? Fuh!

8 comments
Assalamualaikum...

AYAM HITAM!!!!?? Pergh!! Nie beberapa rakan aku rekemon terutama otai gua yang rekemen...

Stim Habis gua....


WOW!! Port nieh memang betul-betul tepi jalan yang cukup sesak dengan kenderaan...

Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman & Chow Kit yang berhampiran.. Susasana pada makan tengah hari dikatakan terlalu ramai orang beratur untuk menikmati jamuan makan tengah hari..

Kedai nie gua terjah ngan sifu rumah lelong Shafie Bustan yang memperkenalkan gua pada kedai makan yang menjadi ramai penggemar nasi kandar.. ( Adakah kakisnya kah.. )

Menu yang menjadi pilihan gua kali nieh.. Nasi putih + Ayam Hitam + Telur dadar + Cili Masak + Papadom!!!

Wow... Memang menarek setelah kuah campur yang disajikan untuk dijamah kini tidak sabar nak meniti tekak & terus ke perut gua...

Ayam HITAM yang lembut dimasak sehingga mudah dimakan walau korang kurang gigi sekalipun. Memang lama juga la kalo pekena ayam tak lembut..Mau lenguh otot mulut nak mengunyah..


Nie beberapa gambar untuk tatapan lu orang sebelum menerjah port yang dipunyai Restoran Yaseem AYAM HITAM ( ayam masak kicap )!!!


Restoren Yaseem StreetView Google

Signboard tanda kedai beroperasi


Berbaki menu untuk dijamah

Antara lauk pauk yang ada.


Menu pilihan gua pada kali nieh. AYAM HITAM!! Heheeh

Kalau lu orang nak terjah.. Cakap gua yang rekemon nah.. Boleh la gua paww tokey dia banje gua.. :)

Alamat : 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps


Ikan Bakar D'Kenali STIM Berempah Yang Horror

2 comments



Assalammualaikum....

Fuh!!! Makin gua menulis makin banyak pulak gua rasa kedai-kedai makan yang gua belum jejak kaki gua menerjah...


Nie port makan malam yang gua terjah ngan family gua pada minggu lepas...

Banyak kali gak gua lalu kedai makan nieh kalau balik dari melaka exit bangi untuk ke Putrajaya..

Banyak kali juga gua just lalu ja.. Pasa Khamis yang lepas gua menerjah selepas bini ku kepenatan & kehabisan idea nak masak apa untuk makan-makan kami sekeluarga...

Kedai nieh diberi nama D'Kenali Ikan Bakar.. Namun dari segi luaran memang nampak horror kedai nieh.. ( Iyer-iyer jerk ikan bakar.. )

Biasalah orang melayu memang memandang luaran gua berpisah tiada. Namun entah macam mana gua tetiba boleh memberhentikan kereta gua kat kedai makan nieh...

So, gua terus park & masuk kedai makan tanpa memilih ikan bakar untuk dijamah. Ku terus duduk & menanti untuk di ambil order.

Permulaan just order Nasi Putih beserta TomYam & telur dadar.. Gua pun menanyakan soalan pada budak pengambil order..

"Bro ikan bakar kira camner..? "

"Owh ikan kat depan bang.. Tanya budak depan..."

"Owh.. Ok gua pegi pilih "

Gua pun p la depan balik untuk memilih menu ikan untuk dibakar & dijamah pada malam nieh..

Menu pilihan gua. Bukan Siakap.. Walau ada siakap.. Tapi gua amek ikan talapia Merah & Hitam..

Tak lupa peberet bini gua kerang..

So nie menu tambahan gua..

Menanti dengan penuh debaran.. ( 1st timekan p makan.. Entah apa la rasa & rupanya.. )

Jadi, gua bagi lu orang menilai melalui gambar-gambar gua amek...




Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah


Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah ( Google StreetView )
Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Simpang ( Google StreetView )



Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Ikan Talapia

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Ikan Pilihan


Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Kerang



Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah tukang Bakar Stim




Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Kerang Stim Berempah

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Sambal Stim Berempah

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Sos Cicah Kerang & Ikan Bakar
Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Talapia Berempah

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Settle



Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Tulang Belulang






Gerai Makan Nasi Lemak Sambal POWER!

6 comments

Assalamualaikum...

Menu Nasi Lemak dan orang Malaysia berpisah tiada...

So, gua pun terjah port gua selalu makan juga la untuk direview. Bersama wa pada kali nieh Otai Hartanah Rumah Lelong Master Sifu Shafie Bustan...

Dari apa yang gua rasa mengikut selera gua memang tak kurang hebat juga walau gerai tanpa nama nieh boleh dikunjungi ramai orang...

Biasalah kawasan kampung boleh ramai lak yang terjah.. Gerai nieh punya follower tersendiri...

Beralamat di Kampung Sungai Merab Luar.. Lu orang boleh ambil land mark dari Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan ( JKM ) belah kiri lu orang.

Sampai simpang empat traffic light amek kiri.. Gerai tueh akan melalui cerunan bukit.. So, pastikan lu orang tak terlalu laju...

Nampak kedai runcit  SIRNA SEGAR TRADING belah kanan lu orang selepas bumper besar. Korang dah leh bagi signal kanan untuk masuk..

Gerai betul-betul belah kiri lu orang lepas masuk simpang dalam 30 meter...

So menu yang disediakan antaranya.. Nasi Lemak ( TIP TOP Hit ) Nasi Goreng, Mee Goreng, Keaw Tiaw & banyak la..  Roti Canai ja xdak pasai mungkin penebar dah lambung buka gerai sendiri mungkin.

So, malas gua nak menaip pepanjang.. Lu orang tengok hasil terjahan gua pada kali nie..

Nanti lu orang ada port sarapan cer la share untuk gua p terjah pula.. ( Kalau ada la pemilik kedai or gerai makan or Restoran nak gua review lagi gua alu-alukan.. )

Dah.. Dah.. Lu orang nikmati hasil tangkapan gua kali nieh...

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Bersuit Shafie Bustan kena sambal ikan bilis.. Pedas sangat mungkin

Kedai Runcit Landmark



Selera Napie Pekena Nasi Lemak Ayam Berempah 
Selain Ayam Goreng Berempah menu lain juga disediakan


Simpang masuk ke gerai makan  (Instant Street View Google )




Pemandangan Gerai Nasi Lemak Ayam Berempah ( Instant Street View Google )


Aiskrim Nie Penuh Dengan Biskut OREO

4 comments
Assalamualaikum....

Betul.. Real!!! Penuh dengan rasa biskut OREO.. Kenapa? Mana? Beli Kat Mana??? Brand apa??

Ha... Nie bukan brand tetapi HOMEMADE aiskrim.. ( kegilaan anak-anak, bapa pon sama jer )

Oreo Aiskrim Oreo Biskut Coklat Rice

Menarek bukan? Rekaan dan taburan ikut suka.. Nak belajar buat aiskrim sendiri.. Nieh kaedah caranya yang dibuat oleh isteriku...

Bahan-bahannya..

Bahan-bahan untuk dibuat aiskrim homemade



1/2 tin susu pekat manis
11/2 gelas susu segar(fresh milk)
1 sudu ovelete
1 sudu teh esen vanilla

Masuk kan semua bahan dalam blender.. 

Blend hingga gebu... 

Tambah la perisa yg anda suke.. 

Masuk kn dalam peti sejuk.. 

Nak bg aiskrim lg halus bila separuh beku blend sekali lagi.. 

Bekukan..dah beku ngap la...

Simple tak?? Kalau malas tueh yang jadi payah.. Selamat mencuba kaum ibu-ibu dan kaum bapa-bapa yang rajin... :)



Port Tepian? Duit Tepi. Side Tepi. Port Makan TEPI?

4 comments
Assalamualaikum....


Port kali nieh.. Gua terjah untuk sarapan pagi.... Menu banyak pilihan.. Tetapi gua memilih santapan yang simple tapi padat.... ( Baru la kenyang beb )

Oklah.. Cita banyak tak guna.. Lu orang tengok sendiri beberapa gambar yang gua sempat snap sebelum ia diratah habis tanpa bersisa.....

Kedai nie terletak di Seksyen 4 Bangi. Memang tepi jalan besar.. Mudah untuk dilihat pandang.. Bangi port kedai makan yang banyak... So, pilihan memang banyak..

Nie untuk orang seksyen 4 bangi dan sekitar akan lepak sini. So, aku terjah ketika sarapan pagi..  Bukan itu sahaja... WIFI yang disediakan juga PERCUMA.. Passcode tepian44 ( wow lain mcm passcode)

Roti bakar memang sedap dengan tebal.. Dibakar sedap-sedap tanpa roti terlalu over cook or kering. Pengisian Kaya yang diisi tak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit..

Set Telor 1/2 masak.. Menggunakan telor ayam kampong.. Memang besh la...

Kopi panas... HAAAA!!!.. Nieh aku ada kureng.. Kopi & susu yang kurang kawww.. Kopi mungkin tak kena dengan tekak aku ker.. ( selalu sangat menom kopi ) So kopi ada kekurangan, kemanisan mungkin dipotong dek kaya yang aku makan dari roti bakar kaya...

Apa pun.. Masih boleh diterima pasal makanan yang aku peroleh memang berbaloi untuk santapan pagi.... ( Silap2 leh bawak ke tengah hari nieh.. )

Dah la celoteh gua pada kali nieh.. Better lu orang tengok hasil gambar yang gua snap 2-3 pic nieh...
Signboard baru wajah baru

Set Menu pagi Roti Baka, Telor Ayam Kampong 1/2 cook Kopi Panas.

Roti bakar berbaki.. Lihat pengisian KAYA... 





Waktu operasi 7 pagi sehingga 2 pagi...

Map untuk ke lokasi kedai...

Tepian Bangi Seksyen 4 




Taman Warisan Pertanian Port Orang Kerajaan

12 comments
Assalamualaikum

Aku sempat menerjah seorang diri port makan kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Ia nampak sama walau ditutup selepas renovasi.

Laluan Masuk Taman Warisan Pertanian 
View Taman Warisan Pertanian

Port makan nieh ramai diterjah oleh penjawat awam Wisma Putra pun berdekatan.

Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16 mudah dikunjungi. Selain itu, sekolah berdekatan memudahkan ibubapa untuk menapaw makanan untuk dibawa ke tempat kerja dan bekal anak sewaktu sesi persekolahan petang.


Menu yang ku cuba adalah Nasi Ayam Berempah & Coconut Shake sebagai pilihan minuman.

Nasi ayam dari segi persembahan ku lihat ok-ok jerk... Dengan sup yang diberi. Sekali merasai sendiri supnya.. WOW! Berapi beb.. Pedas berempah supnya. Sedap juga, cuma kurang sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar pedas.

Nasi serta ayam dicurahkan sambal & kicap menambah keenakan rasa ayam dan pedas bercampur.

Manakala Coconut Shake lebih berasa susu walau kekadang tergigit isi kelapa.. Membuatkan aroma kelapa & rasa hilang ditelan susu & aiskrim yang diisi.

Semoga korang menikmati beberapa gambar yang gua titipkan untuk tatapan korang.. 

Nie details alamat serta no phone untuk dihubungi...



Air Minuman pilihanku Coconut Shake

Nasi Ayam Berempah

Gerai Nasi Ayam Berempah 
Gerai Coconut Shake ABC Cendol

Geria Penanggah pilihan yang lain  
Outside Food Location Meja

Gerai Roti John

Sup Berempah Nasi Ayam Berempah Pedas